Thursday, June 24, 2010

Tarap Vs Parang..

Ni ari belanja makan sya safe..hehehe ada kawan belanja...bukan makan di kedai makan tapi, dia masak dari rumah..Menunya? errmmm..sudah semestinya ikan masin goreng, Tuhau (nyam nyam), ikan bilis masak lada putih (sejenis lada berwarna putih lebih pedas dari lada padi) dan buah tarap masak ngan ikan sardin.
cakap pasal buah tarap ni..ada sorang doktor join kami makan tadi...dia nampak sayur tarap ni..trus dia cakap 'i have a story about this buah tarap' dia pun mulakan cerita dia...

First time dia datang ke Sabah, time tu dia baru dapat kerja dan perlu menjalani latihan sebagai doktor siswazah selama satu tahun di Sabah...so, satu hari dia pergi makan kat Foh Sang KK. dia nampak la gerai jual buah buahan..dia pun pergi la sana..nampak la dia ni buah bergantungan (Tarap). 'I chosed the smallest one...' kami tanya kenapa yang paling kecil? dia cakap dia tinggal kat rumah sorang2 jer...so takut nda kehabisan dia pun pilih yang paling kecil la konon...
Dia cakap dengan penjual kat gerai buah tu..'tolong belah ya?' "because i tought its just like durian..that we need to belah guna parang.." apa lagi kami yang dengar cerita dia ni...ketawa berabis..(sampai ilang pedas lada sya rasa)...jadi ini penjual buah pun cakap..'nda payah ini kita buka cuma guna tangan saja'...jadi doktor tadi cakap sama kami....'you know how much i bought it?' berapa la? tanya kami.
'Maybe because i really dont know about this tarap and that uncle know i was new..so i bought it 7 ringgit..' "WHAT!!!?? So kasiyan" sambil kami ketawa...
Tapi yang paling kami ketawa doktor ni cakap 'minta tolong belah guna parang' adede..
heheheh

 Buah Tarap | Artocarpus Odoratissimus | Kundasang | Sabah | Malaysia ...    Vs    

Friday, May 21, 2010

Cerita dari Abah saya

cerita dari bapa sya..lagi...

bila sya pulang kampung ada saja cerita dari bapa sya bha...
satu kali dia cerita kejadian yang terjadi oleh penjadi di satu kejadian di depan mata dia...
ada 2 urang budak...baru kuar 'U' laini...kena tanya oleh kawan bapa sya ni..

Pacik: Kamu ni baru keluar universiti ka?
budak U 1: iya pacik...kami baru graduate bulan lepas...
Pacik: OOoooo...jadi kamu tau laitu urang putih?
Budak U 2: err....inda pacik..yang itu kami enda kena ajar sana...
Budak U 1: iya pacik kami belajar bahasa melayu saja.
Pacik: apa la kamu ni urang putih pun enda tau...



Budak tu senyum jak...

pacik: jadi...itu sina (cina) kamu tau juga ka?
Budak U 1: errr kami teda belajar bahasa tu la pacik...
Pacik: ish buduh juga kamu..takkan urang cina pun kamu enda tau!

tekajut sya bapa sya cerita "aik? berani juga pacik sebut 'buduh' sama budak2 tu abah?"
abah sya bilang "itu la sya pun tekajut juga..."
tau tau tu pacik kasik men men durang bha (buat lawak)...ngaa bingung sya ni cerita bapa sya mula2..heheheh

Thursday, April 15, 2010

cerita dari Abah sya.

Sya respek tul sama bapa sya..spoting abis ni..hahahah

kalau sya balik rumah bapa sya ni mesti ada cerita lucu, cerita sedih ...macam macam la..
salah satu dia cerita mcam ni..
eh ehem..(controlling voice kenen :D)

Kejadian d sebuah pendalaman....
kampung ni baru juga disediakan satu landasan kapal terbang yang hanya boleh menerima sebuah pesawat kecil arr foker ka nama dia tu? sya pun enda tau..
jadi kamurang pun tau tau la kalau ada pesawat landing ni..mesti ramai la urang tunggu di sana. Bah mo naik kan terutama sekali yang mo pergi ke pekan atau bandar terdekat..durang mo jual hasil tani kan...besa la urang di kampung..

ada la kenen ni saturang gaman...ini gaman bawa hasil tani dia mo jual d bandar...c gaman ni pigi la kenen mo naik kapal ni...sebelum dia naik kapal ni kan...dia ketuk ketuk la badan kapal ni... 'tok!tok! tok!'
 

Gaman: aik? urang sakap ni burung basar..bila kutuk2 basi juga...



dengan penuh heran c gaman cakap macam tu..itu pilot yg ada di tepi tu senyum2 ja bah..entah apa yang dia fikir...
jadi c gaman ni masuk la dalam pesawat ni...selepas beberapa minit menunggu..sebab barang lain kena simpan dalam tmpat menyimpan barang. C gaman ni pula makin rasa kepanasan...dia kipas kipas la diri dia guna tupi usang dia tu..
Gaman: Dooii alasu noh...huuuu (doooi panas betul)

 
sambil dia kipas kipas dia jenguk jenguk d sekeliling dia tingu2 depan ..macam2 la dia buat ni..
jadi pilot tadi pun start la enjin...lepas tu...kipas pesawat ni mulalah berpusing....c Gaman ni tekajut! apa enda besar ba bunyi enjin tu...kebetulan c gaman ni duduk dekat sayap pesawat. Bila dia jenguk di luar... dia pun becakap sama tu pemuda di sebelah dia...


Gaman: oooo patutla panas..kipas durang taruk di luar....
Pemuda: itu kipas aman untuk ni kapal supaya terbang...
Gaman: Aik? bilang burung kenapa pakai kipas? bukan terbang masam burung ka?
Pemuda: ???

 
ahh c pemuda pun blurr sendiri nih..hihi ketawa juga sya dengar cerita bapa sya ni..dengan loghat dan gaya dia bercerita....

Monday, March 29, 2010

hujan! Kemarau!

Kemarau! Hujan!
Hujan! Kemarau!
Mana yang kita pilih?


Kemarau?
Kalau berpanjangan...susah.
Mau juga cari hujan
Merungut tidak cukup air
Merungut tidak cukup sejuk
Merungut suhu terlampau panas
Merungut, merungut, merungut...


Hujan?
Kalau hujan lepas kemarau
Semua orang bersyukur
Sekali sehari pun cukup bersyukur
Dua kali sehari nyaman
Tiga kali sehari dah mula merungut
Merungut tidak dpt keluar
Merungut tidak dapat buat aktiviti di luar

Kalau sepanjang hari hujan?
Termenung dari dalam rumah
Merenung keluar
Bertanya kenapa hujan belum berhenti?
Bertanya kemanakah sang mentari


Hujan? Kemarau?
Kemarau! Hujan!
Alam kita sentiasa berputar
Bersyukurlah hanya hujan dan kemarau
Kalau ada musim salji lagi?
fikir la sendiri....

by; EPZ 1350pm(29/3/2010) @ AuditoriumHQE2 KK.

Wednesday, March 10, 2010

Rumah ini,Rumah Itu

Rumah ini…..
Duduknya ditengah belantara
Damai…..
Ditemani pepohon hijau
Yang tinggi berdaun lebat
Melindungi tembusan hangat
Sang mentari…..
Muzik alam bergema
Burung-burung… tetupai…
Yang menyahut…..beralun
Bersama geseran dedaun pokok
Bersama geseran pohon sang buluh
Suara alam mendodoikan
Si anak kecil tidur nyenyak
Dibuai ibunya di rumah ini.


Rumah itu….
Duduknya ditengah belantara
Amboi!
Tingginya bertingkat-tingkat
Berwarna –warni dindingnya dicat
Bertambah tinggi mencakar langit
Sang mentari terlindung
Tetapi tidak pada bahang hangatnya
Muzik Kota bergema
Siang malam rentak yang sama
Vrooom……Zoooom….
Keriuhan warga kota
Anak muda mudi berseronok
Seperti tak ingat akan pada
Rumah itu….

Monday, March 01, 2010

Misi Menyelamat...

>Pada 24 Februari lepas..

sya mo pulang suda...dalam perjalanan sya tenampak la beberapa orang awam dan penjawat awam hospital berdiri ditepi longkang yang berpagar dan gril..diorang tejenguk jenguk ke arah longkang tu..heran la sya ni..apa lagi sya pun pigi la juga menyibukkan diri nih..
Tau2 ada kucing temasuk dalam longkang ... Matron (salah satu jawatan tinggi dalam jawatan Jururawat) sibuk suda suruh panggil security mo pegi selamatkan ni kucing yang suda basah kuyup dan berpaut pada tepi dinding longkang. Kesian sya tengok mengiau ngiau lagi ni kucing.yang sya tau ni kucing ada anak kecil...

Saturday, February 20, 2010

Kehilangan 3 Doktor dalam kemalangan maut.


Assalamualaikum.....
Masih terngiang-ngiang di telinga saya bila satu petang 7 Februari, Hubby pulang dan bertanyakan "Nor, ada ko baca paper ari ni?' sya jawab 'teda, napa bang?' ....'ada eksiden... 3 doktor mati'. Tub! jantung sya terkejut...aduh dalam fikiran tertanya, sepa la doktor tu?...perasaan sya sedih, dalam fikiran sayangnya negara kehilangan 3 orang doktor..satu kehilangan besar! aduh..tidak sabar rasa sya mo baca paper tu. Bila hubby bagi paper tu sama sya...terkedu sya tengok gambar kereta BMW itu remuk atap dan lantai kereta menjadi satu macam sandwich...sebak dalam hati...sya baca lagi...3 orang doktor tu bertugas di Hospital Likas...dan masih dalam latihan...aduh! tuhan saja yang tahu perasaan sya masa tu...kejadian kemalangan itu pada malam 5 Februari.
Dalam kereta itu, terdapat 4 orang doktor, 3 maut dan satu cedera parah. Dipercayai kenderaan yang dorang naik tu melanggar sebuah bas mini di Jalan Pantai Sembulan. Bas mini yang sarat dengan penumpang dan salah seorang penumpang turut maut dalam kemalangan itu.
Hari Selasa 9 Februari 2010. kebetulan Hospital Queen ada perhimpunan bulanan...bila saja gambar2 mendiang doktor2 itu di tayangkan ramai warga HQE yang mengalirkan air mata..satu kehilangan yang amat terasa..kerana mendiang semuanya ramah kepada pesakit dan sesama rakan sekerja..satu pungutan derma ikhlas diedarkan kesetiap Jabatan/Unit/Klinik dan wad untuk membantu meringankan beban keluarga mendiang lebih2 lagi mendiang Dr. Wong Wai Choong (28) di mana perayaan Tahun Baru Cina sudah hampir.
Masa sya menaip ni pun masi terasa sebak di dada...lebih2 lagi..keratan akhbar ni masi ada di depan mata saya...semoga keluarga mendiang tabah menghadapi kehilangan ini.
Sun