Friday, December 30, 2011

Bapa Kejam Rantai 2 Anak Di Dalam Tandas Dan Biar Kebuluran


BUTTERWORTH – Seorang bapa tergamak memperlakukan dua orang anaknya yang berusia dua dan enam tahun seperti anjing apabila bertindak mengikat kaki kiri mereka dengan rantai besi di dalam tandas rumahnya.

 Pasangan adik-beradik itu ditinggal seharian oleh bapa mereka ketika dia keluar bekerja dengan alasan anaknya itu nakal dan tiada orang menjaga mereka ketika dia tiada di rumah.

 Perbuatan lelaki berusia 40-an yang tidak berperikemanusiaan itu terbongkar apabila kedua-dua beradik tersebut menjerit dan menangis kelaparan pada pukul 6 petang kelmarin kerana mereka tidak diberikan makanan oleh bapa mereka.

 Jeritan kedua-dua beradik itu membongkar perbuatan kejam bapa mereka selepas jiran-jiran yang tinggal di kawasan rumah kedai dua tingkat itu memaklumkan perkara tersebut kepada polis.

 Bertindak atas maklumat, sepasukan polis menyerbu rumah tersebut di Taman Mawar, Raja Uda dekat sini dan menemui seorang budak perempuan berusia enam tahun bersama adik lelakinya berumur dua tahun dalam keadaan menyayat hati.

 Ketika ditemui pada pukul 8.45 malam, kedua-dua beradik itu yang diikat dengan rantai dan dikunci dengan mangga besi hanya memakai baju-T serta seluar dalam di dalam tandas.

 Ketika diselamatkan, bapa kanak-kanak tersebut yang bekerja sebagai buruh tiada di rumah kerana keluar bekerja sejak pukul 3 petang kelmarin, manakala ibu mereka yang merupakan warga Thailand pula dikatakan telah meninggalkan tiga beranak itu sejak sebulan lalu.

 Difahamkan, kedua-dua beradik itu diperlakukan sedemikian oleh bapanya sejak sebulan lalu setiap kali dia keluar bekerja selepas ibu mereka menghilangkan diri.

 Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias berkata, seorang penduduk yang mendengar jeritan dan tangisan kanak-kanak itu cuba membantu mangsa tetapi malangnya pintu rumah tersebut dikunci dari luar.

Kata EPZ : ada kawan2 saya cakap..bapa tu kedekut nak cari penjaga.
                 Ada yang cakap apa salahnya minta tolong dengan jiran sebelah tankkan tiada jiran yang faham dengan situasi si bapa.
                Bagi saya memang tak patutla si bapa buat macam ni..anak2 saya pun nakal juga 5 orang lagi.... yang penting keselamatan sekeliling 
                yang perlu dititik berat. 

Cara Menjimatkan Kredit Telepon Walau Pun Hari Hari Digunakan


Assalamualaikum Semua.. Apa khabar semua? Hari nie nolove terfikir cara macam mana nak jimatkan kredit anda walaupun anda selalu gunakan setiap masa dan tak kira jam.. Ternyata ujikaji nolove memang berhasil.. Dan ia memang menjimatkan kredit anda, tapi hanya tuk bersms je lah..

Bab bab bergayut,Yahoo Messenger lah jawapannya.. siap boleh nampak muka lagi.. ekekekeke..Ok kita berbalik pada jimatkan kredit tuk bersms lak.. Nolove dapat agak semua orang tak tahu lagi cam mana nak jimatkan kredit tuk bersms sepanjang masa dan x kira waktu..

Tak kira la pagi ke, petang ke, atau pon malam... Memang jimat beb.. Senang cita korang daftar la fon korang dengan facebook nie.. Suruh pakwe korang add korang kat facebook dan bagi permulaan mesej dengan mengunakan chat anda.. Kalau korang tak buat ikut chat korang, nanti korang akan post kat wall nanti... hihihihihi.. nanti semua orang leh baca.. hha hha hha..

Nolove tak tipu, memang ianya boleh menjimatkan kredit anda.. walaupun berapa banyak korang main mesej dengan rakan anda atau pun pakwe korang, Rm1 je seminggu.. Jikalau korang nak bikin cara nie, korang clik je dekat sini. Tapi kena on facebook dulu baru boleh bikin.. Ingat tu.. Lepas tu korang ikuti lah arahan yang dibagi oleh facebook.. Semoga korang berjaya.. Jikalau korang Tak faham, boleh la tanya nolove melalui komen dibawah..

https://www.facebook.com/settings?tab=mobile

Kata EPZ: copy paste dari 
http://alkisah-nolove.blogspot.com/2011/12/cara-menjimatkan-kredit-telepon-walau.html

APA??? Panda Memakan Bangkai Kijang???



Sebahagian orang beranggapan bahawa Panda adalah seekor haiwan yang hanya makan tumbuhan saja. Namun gambar dari kamera infra merah ini menujukkan seekor beruang yang terkenal dengan warna putih hitamnya ini  mengunyah bangkai seekor kijang.


Foto dari kamera infra merah ini diambil di Ping Wu, barat daya  Sichuan, China, menunjukkan bahawa Panda kadang-kadang memakan daging untuk memenuhi keperluan proteinnya.



Menurut World Wildlife Fund yang dikutip Mail Online, Panda memiliki sistem pencernaan  karnivora dan akan makan daging jika tersedia, namun telah beradaptasi ke pola makan vegetarian.

Kerana sistem pencernaan karnivora, Panda hanya mendapatkan sedikit energi dan protein dari bambu, sehingga ia harus makan setidaknya 14kg setiap harinya untuk tetap sihat. Serta perlu jutaan tahun hidup di hutan bambu untuk panda, untuk meningkatkan kemampuannya untuk mencerna selulosa dari bambu.

 
Kerana Panda merupakan haiwan yang lamban, maka tidaklah mungkin ia berburu haiwan yang gesit seperti kijang, dan kemungkinan Panda yang satu ini secara kebetulan menemukan bangkai haiwan tersebut di hutan.

Kata EPZ: PAnda Memang comel...wana hitam putih adalah warna misteri...Panda ni memang Misteri dan penuh kejutan... 

Thursday, December 29, 2011

erm..kisah 2011 saya

PEjam celik pejam celik....tinggal beberapa hari saja lagi 2011 oh kan?



saya pun tidak sedar anak bungsu saya Baby Fikri suda umur satu tahun, tidak lama lagi dia berjalan sudah sebab semalam saya tengok dia belajar berdiri sendiri tanpa ada sokongan... hahahah cute betul tengok gelagat dia.. Bukan macam abang dia si Edil umur sepuluh bulan boleh berjalan sudah...sekarang aktif dia ya rabbi susah mo kontrol tapi, Biasalah budak budak. 

perjalanan hidup sepanjang 2011 ni banyak suka dukanya...yang duka ermmm tak payah la saya cerita... yang sukanya...awal tahun anak saya yang kedua dapat ikut atok dan neneknya ke Kuala Lumpur... bertuah ko nak kecik kecik dah naik kapal terbang...mama ni umur dah 31 tahun tapi tangga kapal terbang pun belum pijak lagi...hahahah nda apa nda apa...ayah bilang insyaallah ada rezeki dapat juga kita sekeluarga bercuti yang ada naik kapal terbang...

Kemudian, perkara saya paling tidak lupa semasa Guru Tabika Kemas Kampung Indai dan seluruh Tabika Kemas Daerah Tuaran buat lawatan ke Unit Udara Polis...best betul..sebab selama ni kita cuma tahu itu polis darat je...nah ni kali budak2 yang umur 5 dan 6 tahun happy sakan dapat lawatan pi sana... dan dengan bangganya saya mau kasik tahu yang Tabika Kemas Kampung Indai kena puji oleh Ketua Polis Unit Udara Paling Berdisiplin...ikut arahan cikgu, kalau cikgu bilang murid murid ikut barisan....dan budak budak masing masing ambil tempat berbaris... Terima Kasih Atas Bimbingan Cikgu Ramilah dan Pembantunya Cikgu Mas.

Nak tambah cerita....peperiksaan penggal akhir mencatat kenangan manis buat anak anak saya Ira dan Nurul oh ya nda lupa juga Ipar bungsu saya Bibi... masing masing diorang dapat keputusan cemerlang dalam darjah masing2..Ira dapat Tempat pertama bagi keseluruhan tahun 2 dan 6 mata pelajaran cemerlang..Nurul cuma satu saja Pendidikan Jasmani dan Kesihatan oke la untuk dia...dia pun bukannya sihat ada penyakit jantung...tak pe tahun depan belajar rajin rajin ya nak? Bibi pun sama macam Ira bagi darjah empat... untuk tahun depan Edil naik tahun satu...mudah mudahan dia pun cemerlang macam kakak kakak dia juga...saya percaya! 

Semoga Tahun 2012 ni saya dapat membahagiakan keluarga saya...   dan semoga Nurul sihat sentiasa,,,

PEsanan EPZ: Apa apa pun azam kita..kena ada usaha juga...Doa jangan lupa...

Thursday, December 22, 2011

Perdana Menteri Setuju tangguh SBPA.

Utusan Malaysia
22/12/2011 12:53pm


PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.

Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.

Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu. - UTUSAN


Pesanan EPZ: blog CUEPACS boleh tengok di Sini 
http://cuepacs.blogspot.com/2011/12/perdana-menteri-setuju-tangguh-sbpa.html

  

Gara - Gara telampau minat rancangan TV (RTM) GERAK KHAS

GARA-GARA MEMINATI RANCANGAN GERAK KHAS:

CUCU BERTANYA KEPADA NENEK:

CUCU:  " NEK, SIAPA KETUA POLIS NEGARA "?

NENEK: "  TAN SRI RAHIM NOOR ".

CUCU : "  BUKAN " .

NENEK : "  TAN SRI MUSA HASSAN "?

CUCU : " BUKAN." 

NENEK : " JADI, SIAPA LAH ? "

CUCU :  " DATO YUSOF HASLAM " laaa KA...KA... KA...


Pesanan EPZ: Budak budak saya pun minat tengok hehehehe...

Wednesday, December 21, 2011

penjaga kucing menganiaya kucing yang di jaganya

Kedai Penjaga Kucing Membiarkan Kucing Yang Dijaga Mati Kebuluran

Kucing2 yang dihantar oleh owner ke Petknode, PJ tak diberi makan, minum selama seminggu. Dengarnya owner bayar sampai RM560 seminggu untuk kucing2 ni dijaga.

Tadi tuan punya kucing pakat pecah kedai tu utk selamatkan kucing2 yang tinggal. Keadaan sangat menyedihkan. Ada yang menangis melihat kucing yang dah mati.

Deritanya..dia..kurus kering..bulu gugur..kepanasan…tak dpt bangun dan mengeow dah..nazak..isk isk


Yang ni ibu dan anak..mati..


Ni haa..owner nya..




Ni dia gambar iklan kedai tu..



sumber : http://wartagua.blogspot.com
Pesanan EPZ : kalau sudah di bagi amanah tu..tolongla laksanakan dengan penuh tanggungjawab.... SiaL betol orang tu...

Friday, December 16, 2011

Animasi Jepun Keluaran Studio Ghibili

Assalamualaikum!

Hai naah berjumpa lagi kita ni konon....
macam tajuk diatas...salah satu studio pengeluar animasi di Negara Jepun ialah Studio Ghibili website dia http://www.ghibli.jp/ web ni dalam tulisan jepun so, kena translate lah ke Bahasa yang korang faham.... tapi boleh juga p skodeng kat web ni http://www.studioghibli.net haaa yang ini ada link animasi2 yang di keluarkan oleh studio nih....

salah satu animasi yang paling saya suka ialah My Neighbour Totoro atau dalam Bahasa Jepun nya Tonari No Totoro... watak2 yang ada dalam ialah
Satsuki 11 tahun dan adiknya Mei Kusakabe bapa dorang seorang Profesor Antropologi di salah sebuah universiti di Jepun, mak diorang Satsuki dan Mei pula ditahan di wad kerana sakit....sakit apa? saya pun inda tau...diorang 3 beranak ni pulang kekampung..dekat rumah diorang ada satu pokok kayu yang saaaaaaanGAt BeSAR!!!...
Tanpa diorang tahu ada satu makhluk besar yang tinggal di dalam pokok tu bersama dua makhluk kecil yang serupa....
satu pagi masa si Satsuki pergi sekolah adik dia si Mei main2 di sekitar rumah bapa diorang pula sedang menyiapkan laporan atau tulis buku,....mungkinlah tu... tiba2 si Mei terjumpa makhluk kecil totoro ni..pastu dia ikut makhluk kecil ni sampai di pokok besar...maka, terjumpa la si Mei ni sama Totoro besar...sampai dia tetidur sama ni Totoro....
Bila kakaknya Satsuki pulang dari sekolah dia mencari adiknya si Mei...tapi tidak jumpa...dapatka dia dan bapanya menjumpai Mei semula? Apakah yang terjadi lepas tu? mesti kamu mahu tahu kan kesudahan dia?

saya sudah tingu....best tau cerita dia sesuai untuk budak2 juga....hehehehe

saya dapat DVD tu di kedai video Speedy.
sya bagi hint la supaya kamu dapat  bayangkan heheheh http://www.youtube.com/watch?v=eHWhL3ZOqVI klik ini link kamu terus dapat tingu dia punya traile dia.....hahahha enjoy yaaa

Thursday, December 15, 2011

lirik lagu Arigatou by Kokia

Salam semua.... Hahahaah alahai ketagih pula nak post lagu lagu jepun ni....
antara Lagu Jepun ngan lagu Korea..saya lebih suka lagu Jepun...Kenapa? entah pula kenapa..hahaha mungkin di sebab kan saya dulu membesar bapa saya kalau marah mesti keluar bahasa Jepun dia...hahahahah

oke oke tanpa banyak cerita saya Post lirik lagu yang saya suka .... dalam tulisan Roman (Romaji) nah siap ada translate lagi dlm bahasa English

Arigatou (Thank You)

Kokia

Romaji

Daremo ga kizukanu uchi ni
Nanika wo ushinatte iru
Futto kizukeba anata wa inai
Omoide dake wo nokoshite
Shiawase toki no naka kotoba wo ushinatta 
Ningyoutachi no you ni
Machikado ni afureta noraneko no you ni
Koe ni naranai sakebi ga kikoete kuru

Moshimo mou ichido anata ni aeru nara
Tatta hitokoto tsutaetai arigatou, arigatou

Toki ni wa kizu tsukeattemo
Anata wo kanjite itai
Omoide wa semete mono nagusame 
Itsumade mo anata wa koko ni iru

Moshimo mou ichido anata ni aeru nara
Tatta hitokoto tsutaetai arigatou, arigatou

Moshimo mou ichido anata ni aeru nara
Tatta hitokoto tsutaetai
Moshimo mou ichido anata ni aeru nara
Tatta hitokoto tsutaetai arigatou, arigatou

Toki ni wa kizu tsukeattemo anata wo kanjite itai

English

Everyone loses something
Before they even realise it
I suddenly realise that you've gone
Leaving behind only memories
Amid the happiness, we lost our words
Like dolls
Like all those lost cats on the street corner
I hear a silent scream

If I could see you one more time
I just want to say one word: thankyou, thankyou

Even if I get hurt sometimes
I want to keep feeling you
At least I have my memories to comfort me
I'll always have you here

If I could see you one more time
I just want to say one word: thankyou, thankyou

If I could see you one more time
I just want to say one word
If I could see you one more time
I just want to say one word: thankyou, thankyou

Even if I get hurt sometimes, I want to keep feeling you

Hanakage (lirik lagu Jepun dalam tulisan Roman)

Hai salam sejahtera.....

Tentu ramai yang tercari cari lirik lagu ni kan?
saya pun sama juga...lama betul saya cari...sebab dulu lagu ni di nyanyikan oleh penyanyi Malaysia Aishah dalam salah satu album dia...
suka betul saya lagu ni... tajuk dia Hanakage...

maksud? err saya sendiri pun tidak tau...
tapi saya jumpa dalam Youtube.com saya 'search' Aishah-Hanakage saya pun jumpa siap ada lirik lagi hahahah punya happy saya...
 so saya trus taip masuk sini.... \^_^/ EnjoY

HANAKAGE by Aishah

Juugo Ya O Tsukisama Hitori Bochi
Sakura Fubuki No HanaKage Ni
Hanayome Sugata No Oneesama
Kuruma Ni Yurarete Ikimashita

Juugo Ya O Tsukisama Mitetadeshou?
Sakura Fubuki No Hanakage Ni
Hanayome Sugata No Oneesama
Owalare Oshinde Nakimashita

Hooo ooo ooo ooo oo

Juugo Ya O Tsukisama Hitori Bochi 
Sakura Fubuki No Hanakageni
Tooi Osata No Oneesama
Watashiwa Hitori Ni Narimashita

Di bawahnya Sinar bulan Terang Purnama
Air mataku menitis bagaikan embun
Melihat dikau berangkat Tinggalkan semua
Ke alam yang baru begitulah Jalan hidup mu

Haaa yang ini saya petik dari lagu nyanyian Aishah.. So, kalau ada salah silap saya minta maaf dan sila beri komen..Yah!?

Domo Arigatou Gozaimatsu....

Monday, December 12, 2011

macam macam ada....

Watak-watak di dalam laman sosial: (sya ambil dari laman sosial sya..hahah sya pun ada juga bha...) macam macam ada dalam laman sosial tu...salah satu dia macam dibawah ni



1. MODEL : Tukar gambar setiap hari
2. PENJENAYAH : Tukar nama setiap hari...
3. OVER ACTING @ PERASAN BAGUS : Namanya menggunakan simbol2 sehingga menyusahkan kwn2 nak cari terutamanya ketika kecemasan (Contoh :: 71M@T -> Jimat)
4. WARTAWAN : suka menyebarkan pesanan, walaupun tak penting !
5. PENGGANAS : Suka menyebarkan link yang menakutkan (contoh : sila sebarkan pesanan ini jika tidak anda akan ditimpa kesusahan @ bencana etc)
6. BINTANG FILEM : Suka update status setiap 5 minit
7. BINGUNG : Tidak dapat membezakan ruang untuk wall post atau status -.-'
8. PERASAN HEBAT : Selalu melaporkan dimana lokasi semasa setiap masa ! Contoh ( otw ke Mydin Mall ) kemudian ( di Mydin Mall shopping jap ) kemudian ( karaoke di Mydin Mall ) bla..bla..bla.. Semuanya berlaku dlm 1 jam. So annoying okayy -.-''
9. BUDAK HINGUSAN : Selalu menampilkan gambar dgn gaya aksi ! (contohnya amek gmbr dgn mulut terbuka luas, tak takut ke lalat masuk dlm mulut ?)
10. SHOWOFF : Nak makan pun siap ambil gambar dulu dan dibuat pic profile. MOTIFFFFFF ? :DD
HAHAHA ada yang terasa tak ? which category are you ? trololol :PP

Pesanan EPZ: kamu rasa kamu ketegori mana? hahahahah

Thursday, December 08, 2011

Kenangan sewaktu zaman kegemilangan Mamut Copper Mine...


>saya bangun pagi...
bila saya menuju ke jendela dan membukanya bayu sejuk kinabalu menerpa ke wajahku....
mentari menyinari bumi, menembusi kepulan kabus yang sedang naik dan menerpa ke ladang padi yang sedang menguning dan menyerlahkan warna keemasan padi.... Allah Maha Besar...Maha Suci Allah....
heheh itu cuma pembukaan tapi begitulah keadaan semasa saya tinggal d Kg Kesiladan Batu 2 Mamut Ranau salah sebuah lombong tembaga Mamut di Malaysia (Mamut Copper Mine) ramai budak2 sekarang tidak tahu akan kewujudan lombong ini di Malaysia amnya dan di Sabah khususnya...kadang2 sya masi temimpi2 keadaan tinggal disana...
masih teingat kawan2 seperjuangan...musuh2 ketat....bunyi deruman lori kuning yang membawa tembaga....
malam pesta.... arrgghh rindu bukan kepalang...
saya masih ingat lagi time tingkatan satu saya bersekolah d SMK Mat Salleh Ranau...
bila cikgu Hartini guru Geografi kami time tu minta kami membuat folio tentang kajian tempatan (tumbuhan semula jadi)
kebetulan pada hari jumaat hujung minggu tu..adalah hari cuti. cuti apa? sya inda ingat la...
jadi, saya berpakat la sama kawan2 saya c Jaiseh, C Salda, C Jamaliah n C Nafsiah mo pigi hutan yg berdekatan dengan kampung kami tu.
Hari jumaat tiba.....
kebetulan petang sebelum tu hujan so, tentu ada cendawa yang tumbuh...mama saya dan kawan2 nya pun ada ikut..nda la kami takut...
di pendekkan cerita...kami pun tiba d tempat yg memang biasa kami pigi..heeem bekalan dalam beg tentula lada padi dan garam....hehehe wajib tu kalau pigi hutan...jumpa pokok biabas (jambu) kami naik pastu makan sama garam...banyak juga lah...hahahah berak biji jambu ja laa...
pastu kami teruskan perjalanan....tiba d satu kawasan padang..sya ingat itu adalah ladang tinggal orang2 kampung...kami pun lalu jer...nampak banyak betul rumptu2 sundal tu yg boleh melekat kat kain/seluar..menyampah! saya dan kwan2 bepakat mo kasik lipat seluar sampai paras lutut...
jalan punya jalan...nampak la kami sekumpulan sapi sedang meragut rumput ni....saya la kenen paling belakang jalan ni...yang paling depan mama saya...saya toleh belakang...ada seekor sapi ikut kami...
"mak! ada sapi ikut kita" saya cakap
"biar!" jawab mama saya
selepas beberapa langkah...saya toleh balik...saya nampak sapi tu mula berlari...dengan perasaan yang takut, saya buang apa saja yg ada di tangan saya....sambil berteriak
"Maaaakkkkkk!!!! tu sapi bubut* kitaaaaaa!!!" dengan sekuat hati saya berlari, yang lain pun ikut berlari....sempat lagi saya tengok anak jiran saya tu melompat lopak....tapi entah mungkin lopak tu yang besar ataupun langkahnya yang pendek....sebelah kakinya termasuk dalam lopak...saya tidak peduli terus saja saya berlari ke depan...(terus paling dapan ooo ketara penakut hahahhaha)
tapi malangnya di depan hutan rotan menjulang samapi ke atas...saya terhenti....tengok kanan, sapi. tengok kiri, sapi...tengok depan balik semua dorang dah masuk dalam hutan rotan tu...riuh rendah jadinya
saya ikut saja takut kena tanduk sapi...ikut dibelakang 2 kawan saya...sya tolak masuk tapi yang paling depan terhalang oleh duri..dia berundur...saya terduduk (adoi) duri baitu...bediri saya balik tolak balik dan begitu la dalam beberapa kali..nasib baik duri tu kecik dan cepat patah...sambil tu sempat saya menjeling kawan sorang ni cuba memanjat pokok yang besar dia dua pemeluk orang dewasa...
bila saya tengok belakang saya nampak mama saya tidak masuk 'join' kami, dia berdiri berdepan dengan sapi tu sambil di tangannya terhunus parang...
saya menjerit.."stop! Stop" keadaan menjadi reda...masing2 me legakan diri...bila mama saya suda join kami kat dalam tu...kami berkumpul d bawah pokok...tiba2 ada aunty ni sedar yang sorang kawan kami ni tiada....
"aik mana c Jamaliah?" kami pun tertoleh2 mencari...ada satu suara menyahut "Apa~~~"
bila mendongak ke atas ..laaaa dia di atas suda? mau mau 3 meter dari atas tanah... uinah...padahal tu pokok langsung teda dahan yang boleh d panjat....hahahhaha
itu la kenangan yang paling saya tidak boleh lupa sampai sekarang time tu tahun 1993... hahahah friend2 yang terlibat.. kamu masih ingat lagi ka tu peristiwa???
ruj: bubut=kejar

kamu nampak yang kawasan putih yang sya buat dalam gambar?
haaaaa itu lah kawasan perumahan pekerja Mamut Copper Mine...kena panggil Kg Kesiladan atau paling glamor Batu Dua...hehehe tempat saya dan kawan2 membesar.... ou yeaah rinduh tempat tu...banyak pokok2 kan? sejukkk brrrrr sana... hehehehe




Thursday, December 01, 2011

PELAKSANAAN PEMBERIAN BANTUAN TUNAI RM500 BAGI MERINGANKAN BEBAN KOS HIDUP RAKYAT

1. Pada pembentangan Bajet 2012  baru-baru ini, Kerajaan telah 
mengumumkan untuk memberi bantuan tunai, secara one-off, 
sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan 
RM3,000 dan ke bawah. Bantuan  ini adalah tanda keprihatinan 
Kerajaan dalam usaha untuk membantu  meringankan kenaikan kos 
sara hidup rakyat. 

2. Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau 
wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau  
ketua keluarga. Ini merangkumi individu: 



Pesanan EPZ: Saya nak ambil untuk keluarga saya, keluarga mentua saya dan untuk mama dan abah. Terima Kasih Malaysia!! *\^_^/*
Sun