Monday, October 15, 2012

IKLAN JAWATAN PEMANDU KENDERAAN

IKLAN JAWATAN KOSONG
 (PEMANDU KENDERAAN)

KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu 55100 Kuala Lumpur.
Tel : 03 9285 6110, 9285 0281 Fax : 03 9285 9457


IKLAN JAWATAN KOSONG

1.       Warganegara Malaysia terutamanya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau yang berdekatan dengannya yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa memohon untuk mengisi kekosongan jawatan di Ibu Pejabat CUEPACS sepertimana yang dinyatakan dibawah ini

2.       JAWATAN                                          :              PEMANDU  KENDERAAN
3.       GRED                                                    :           R3 / R6
4.       KLASIFIKASI PERKHIDMATAN     :            MAHIR / SEPARUH MAHIR / TIDAK MAHIR
5.       KUMPULAN PERKHIDMATAN     :              PELAKSANA  ( SOKONGAN )
6.       TARAF JAWATAN                            :              TETAP
7.       JADUAL  GAJI  ( JGMM )              :               P1  -  RM792.60  -             RM1610.99
                                                                          P2  -  RM840.80  -             RM1688.45
                                                                          P3  -  RM890.43  -             RM1767.76
8.       KELAYAKAN   :
(a)    i.      Tamat Darjah Enam  ( 6 ) Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan.

ii.     Memiliki Lesen Memandu Kelas  D / E / E1 / E2 /G / H / I berkenaan
 Yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan  ( JPJ ),
  Kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan  ( P ).
               iii.        Berkebolehan memandu,mengendali dan menyelenggara
                          kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
                                ( Gaji permulaan ialah pada  :  Gred  R3  )
                                Lesen D                               -              P1T3
                                Lesen  E / E1 / E2              -              P1T4
                                Lesen  F / H                         -              P1T5
                                Lesen  G /I                          -              P1T6
               
(b)   Berkebolehan bertutur  , membaca dan menulis dalam bahasa malaysia
dengan baik.
9.            UMUR
Calon bagi lantikan hendaklah berumur
a) Tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup.
b) Tidak lebih dari 45 tahun pada tarikh lantikan.

10.          BORANG PERMOHONAN
Permohonan hendaklah menggunakan Borang CUEPACS yang boleh didapati di Ibu Pejabat CUEPACS,Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew Pudu 55100 Kuala Lumpur.

11.          ALAMAT PERMOHONAN
Borang permohonan yang telah lengkap dipenuhi hendaklah dikembalikan kepada :-
Setiausaha Agung
KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu 55100 Kuala Lumpur.

12.          TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Borang Permohonan yang telah lengkap dipenuhi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas sebelum atau pada 20 Oktober2012. Permohonan yang diterima selepas dari tarikh tutup iklan tidak akan diberi pertimbangan.

13.          DOKUMEN SOKONGAN
Semua dokumen sokongan yang dilampirkan hendaklah disahkan salinannya. Salinan Asal dokumen sokongan hanya perlu dibawa semasa menghadiri temuduga sahaja.

No comments:

Sun