Thursday, April 04, 2013

Kisah Adik Beradik

assalamualaikum.... selamat hari khamis!!!!
 
hehehe oke pagi ni saya nak cerita sikit tentang anak2 saya.
 
kisah adik beradik.

Satu hari ada 3 beradik sedang berbincang tentang perkara serius.kakak sulung nama ira,kedian nurul dan yg bungsu nama edil.

Nurul: kak, kak kenapa siput babi tu tak haram?
Ira: memang la bha sebab itu spesis siput.

Nurul: tapi, kan ada nama babi...apasal pula nda haram?
Ira: isk ko ni nda pandai paham2 kan itu spesis siput...bukan babi la!
Nurul: hihihi jangan marah bha kak, aku main2 ja. Hahaha
Ira:#*+&?&[%€

Edil yg tadi dengar saja tiba2 menyampuk.

Edil: eeh ada bha babi nda haram...
Nurul&Ira: manada!! Babi memang haram!
Ira: kan terang2 babi tu haram.
Edil: [dengan muka serius] adaaaaaa kita boleh pegang lagi, boleh peluk cium lagi.
Ira: mana? Mana bukti? Ko bagi tau kami...mana babi tu? [dengan nada marah]

Dengan selambanya si edil menjawab...

Edil: Tabung babi.
Ira: ko aaa ediiiiiiillllll...€#£#$#*+&?!
Edil & Nurul: Hahahahahahaha
Pesan EPZ : saya pernah cakap sama anak2 saya... kalau ramai adik beradik banyak idea untuk main, bergurau senda, berteka teki, berbalas pantun.. diorang angguk angguk faham. heheheh

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik2 saja dan mudah difahami...

Sun