Friday, November 06, 2015

Apa itu Laporan Perubatan?

Hai salam sehati sejiwa...
nampak ka tajuk di atas tu? oke, faham ka maksud saya pasal tu tajuk?
kalau kurang faham mari saya bagi tahu... dalam bahasa yang paling senang (cara Ennor)
1. Apa itu Laporan Perubatan?
- Laporan Perubatan adalah satu bentuk maklumat bertulis (sekarang mungkin bertaip komputer) tentang sejarah, tahap kesihatan dan keadaan terkini pesakit yang menerima rawatan di mana-mana hospital. 
- Laporan Perubatan ini hanya disediakan oleh Pegawai Perubatan atau Doktor sahaja di mana pesakit menerima rawatan.(hospital)
- Laporan Perubatan disediakan berdasarkan maklumat yang ada dalam Rekod Perubatan Pesakit (RPP) atau paling senang kena panggil 'Fail Pesakit'

*untuk makluman semua rekod pesakit dan laporan perubatan adalah SULIT*

oke ada faham? sekarang saya bagitahu pula beberapa jenis Laporan Perubatan yang ada.
2. Jenis-jenis Laporan Perubatan
a - Laporan Perubatan Biasa - yang disediakan oleh Pegawai Perubatan
b - Laporan Perubatan ringkas Pakar - Disediakan oleh Pegawai Perubatan Pakar
c - Laporan Perubatan Pakar Terperinci - Disediakan oleh Pegawai Perubatan Pakar dengan terperinci.
d - Laporan Bedah Siasat (Post Mortem) - Laporan yang disediakan oleh Pegawai yang menjalankan Bedah Siasat.
e - Borang Insuran, PERKESO (SOCSO) dan KWSP - Borang-borang ini akan diisi oleh Pegawai Perubatan borang kosong akan disediakan oleh pemohon sendiri.
f - Borang Buruh 90 (Perakuan Perubatan Ordinan Pampasan Pekerja, 1952) - juga borang yang disediakan oleh pemohon dan diisi oleh Pegawai Perubatan.
g - Permohonan Laporan Perubatan daripada majikan sama ada swasta ataupun kerajaan.
Sebarang permohonan Laporan Perubatan / Laporan Pendapat Kedua (second opinion)/ Laporan Pembetulan / Laporan Penjelasan atau sebarang pertanyaan perlu dimajukan ke Jabatan Rekod Perubatan, Hospital berhampiran.
Oh ya... Kalau mahu mohon laporan perubatan di mana-mana hospital, kita wajib menjelaskan bil tertunggak di hospital di mana kita terima rawatan.
Tempoh Laporan Perubatan yang disediakan.... selalunya saya akan cakap Laporan akan disiapkan dalam tempoh 28 hari bekerja tidak termasuk Cuti Umum (Sabtu & Ahad) dan Cuti Am (Public Holiday) serta tidak termasuk Laporan Perubatan Pakar Terperinci, Laporan Bedah Siasat (Post Mortem) dan Laporan Penjelasan.
Bila saya sudah cakap tempoh tu.. ramai pelanggan yang akan mengeluh, diorang cakap 'lama juga, sampai satu bulan' dan saya akan jawab laporan akan siap bila-bila masa, kalau tiada masalah cepatlah siap. 
Di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu ini kami akan maklumkan kepada pemohon yang laporan diorang sudah sedia melalui sistem infoblast iaitu satu sistem yang disediakan oleh Telekom Malaysia Berhad. Kalau Laporan Perubatan pemohon siap lebih awal hospital akan memberikan makluman juga itu. 
hmmm rasanya macam itu sajalah untuk entry ini... nanti next time saya bagitau macam mana mau mohon dan harga yang dikenakan. 
Hah mau bayar!? eh memanglah.... sebenarnya tinggi bha risiko doktor kami mau buat tu... kan awal-awal saya sudah cakap di atas tu yang saya highlight merah tu... LAPORAN PERUBATAN ADALAH SULIT!!
 naa saya ulang lagi.... bayaran pun berlainan tu... 
okelah okelah ini pun saya taip entry ni masa saya tiada pelanggan... bukan curi tulang tau... saya cuma mengongsikan pengetahuan... sebab tidak semua infomasi yang kamurang boleh dapat dalam web hospital... since saya kerja sebagai 'penerima permohonan laporan perubatan' saya kongsi la pengetahuan sikit-sikit. kan kan kan?
oke lah kalau ada apa-apa mahu tanya just drop in comment.... Insyaallah saya akan jawab seikhlas mungkin....
 wassalam....
Pesan EPZ : saya kerja sebagai staff kaunter ni... bukan senang kadang2 awal pagi telinga sudah dihalwakan dengan maki hamun pesakit... tapi setakat ni Alhamdulillah saya masih boleh kawal emosi dan masih boleh tersenyum untuk pelanggan seterusnya.... 'huuu Be a profesional Ennor.... bukan ko yang kena marah pun... patient marah sistem saja' huuuuu 
 

No comments:

Sun