Tuesday, November 24, 2015

Mamut Copper Mine - Cerita saya dan jiran di sana.

Assalamualaikum......

Hemmmm... upload gambar tapi masih sangkut mana mo mula cerita.... hmmmmmmmmmmmmm :|
*tengoooookkkk dan renuuuunggg gambar dibawah*
 Gambar ni... adalah perumahan pekerja Mamut bagi yang berkeluarga...sebenarnya ni gambar di pertengahan saja ni, ada lagi sebelah atas dan bawah... tapi semua dalam majalah nanti saya upload sebab majalah tu ada di rumah. ;) rumah saya dan keluarga masa tu ada di sini...


No rumah CA-04 Blok Bangau... Hoooo sya masih ingat ooo hahaha
eh apa nda ingat 18tahun bha kami tinggal sana...
blok di bawah tu Blok Murai ada 6 rumah semua muslim.... 
di blok kami pula kami saja yang muslim...
Tapi bagi saya tempat ini adalah 1 Malaysia... 
penduduk/pekerjanya terdiri dari pelbagai kaum, dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
Saya masih ingat sekitar awal tahun 90-an, waktu itu jiran kami yang bapa dia kerja sebagai pengawal keselamatan Kg Kesiladan pergi memburu di hutan. paaaaaling saya suka kalau dia ada bawa balik madu yang masih ada sarang lebah lagi... hohoho saya sama best friend saya nama dia Judith akan makan sama-sama dan buah berangan yang bapa dia bawa sampai setengah karung itu pun kami makan huuuiii punya sedap...
 Kalau daging payau (rusa) jangan cerita la memang ada. tapi uncle tu non-muslim jadi dia tidak bagi kami... hehehe oke bha durang tau juga kita yang muslim tidak makan daging binatang yang nda kena sembelih dan hormat kami.
sana memang kaya dengan sumber makanan dari hutan, kalau pandai cari nda kebulur punya walau sesat heheheh yang penting tau mana buah hutan yang boleh di makan atau tidak.
masa kami budak-budak konon kalau burung makan buah hutan tu... manusia pun boleh makan hahaha
nasib baik belum pernah ada orang keracunan makan buah hutan.

huiii naa panjang sudah pula sya cerita ni kan? hmm pengalaman masa hidup di tampat tu memang best...
kalau ada kawan-kawan yang pernah tinggal dan membesar di batu dua buat search dan terbaca entri ni jan kamu lupa mo share cerita kamu di bahagian komen di bawah oke....

Link Berkaitan: 
1. Mamut Copper Mine - Ranau Sabah Malaysia
2. Cerita Zaman Kegemilangan Mamut Copper Mine (lagi)
3. Kenangan sewaktu zaman kegemilangan Mamut Copper Mine...
4. Majalah Mamut Copper Mine (exclusive)

Pesan EpZ: SYA RINDU BHA SAMA KAWAN2 YANG MEMBESAR SAMA SYA DI KG KESILADAN BATU DUA MAMUT RANAU.... :'(

2 comments:

  1. Sekarang x duduk di sana lagi? Apa sdh nasib tpt tu ya?

    ReplyDelete
  2. @The Reluctant shopper... sekarang tempat tidak wujud lagi... :(

    ReplyDelete

Komen yang baik2 saja dan mudah difahami...

Sun