Tuesday, December 08, 2015

Cara Buat Inti Tausa (kacang merah)

<3 Assalamualaikum <3

Pagi ni terfikir pula mau kongsi resepi buat inti kacang merah atau biasanya orang panggil inti tausa.

laaa inti yang biasa isi dalam pau atau bun tu.... haaa yang tu lah... 
ada orang panggil inti tausa ada juga panggil inti kacang hitam...
Kacang hitam? kenapa kena panggil kacang hitam pula? eh ehehe memangla suda warna dia pun  hitam kan?

saya pun belajar dari mak mentua juga ni. dia memang suda lama buat kuih muih tradisional ni... 
Banyak yang dia tau buat... kuih gelang / donut ada 3 jenis, donut tepung gandum, donut tepung pulut dan gelang ubi manis/keledek (kuih keria).karipap, karipap inti kelapa, kuih bom (kuih ubi keledek inti kelapa merah), kuih bijan (kuih pulut inti kacang tanah bersalut bijan), kuih piang, kuih cempiang, errr macam2 lagi lah.

oke la tidak mau buang masa banyak saya mau kongsi cara-cara buat inti tausa (kacang merah)... 


Bahan-bahan.
1 kg Kacang merah
1/2 kg (500gm) gula

1/2 kg (500gm) minyak masak
sedikit garam
air.
(simple saja kan?)

Cara-cara memasak.(ni yang triknya)
Masukkan kacang merah dalam periuk, pastikan semua kacang tenggelam dalam air masak sehingga empuk. cara mudah untuk mengetahui kacang merah sudah masak, ialah kacang merah tu sudah kembang dan merekah.bila kita picit dengan jari ianya hancur. oke sekarang keluarkan kacang merah tu dari periuk.Kisarkan kacang tadi dengan air, kisar sampai hancur.... masukkan ke dalam kuali (agak2 kuali besar yang boleh muat la sebab kacang yang dikisar tadi tu campur dengan air).

Bila kacang sudah kisar sampai habis, dalam kuali masukkan minyak masak dan gula, haaa gula ini lah yang menyebabkan kacang merah bertukar jadi hitam... oh jangan lupa masukkan sedikit garam supaya rasa dia lebih sedap. 

Kenapa inti Tausa yang dijual dikedai lebih halus? sebab lepas kisar tadi kita tapis sebelum masuk kuali. tapi kalau saya, saya lebih suka rasa orijinal dia... :D.

sudah pasang api? haiyaaa belum ka? macam mana mau masak kalau api nda marak... cepat hidupkan apinya... hihihi

Masa memasak ni memang agak letih sikit... kena sentiasa kacau kacang tu takut hangus... jangan sampai hangus sebab nanti tidak sudah sedap tu... lain baunya... huuuu

Haaaaa kacang merah yang dimasak ni hampir kering dan meletup-letup macam lava gunung berapi... hati-hati sebab panas... saya guna sudip tangkai panjaaaanggg... untuk mengelak dari terkena letupannya... paling baik jangan suruh anak2 dekat takut terpercik sama diorang. Panas tu....Gaulkan sampai inti kacang tu kering maksud saya sampai dia berketul-ketul... (sudah kering la tu..) 

Angkat sejukkan dan boleh terus gunakan. Anak-anak saya suka makan begitu saja panas-panas tu la yang diorang suka. makan kosong.

Inti kacang ni tahan lebih lama kalau kering simpan dalam bekas kedap udara dan disimpan dalam peti sejuk.

Sumber gambar : google image

Pesan EpZ: saya lebih suka buat homemade... rasa lebih jimat bersih dan selamat untuk keluarga. 

No comments:

Sun