Friday, May 20, 2016

Buat 'sprinkles' sendiri

<3 Assalamualaikum <3

Haaaaaiiii salam hari Jumaat... 

Oke hari ni Ennor nak kongsi satu lagi DIY.

DIY sprinkles di rumah.

Bukan water sprinkler tu.. Ha ha ha lawak la korang ni.

Sprinkles yang untuk hiasan biskut tu...

5 Langkah Mudah Bikin Hiasan Cantik untuk Cake
 Haaa yang ini lah....
Pernahkah kita terfikir untuk buat sendiri? Mesti adakan?

Nah sini Ennor mau kongsi DIY dia. Hasil dari mansau-ansau (berjalan-jalan *bahasa Dusun*)
Sana alam maya.

Nampaknya bukanlah susah sangat dan boleh buat ikut suka hati kita.. hehehe

Bahan-bahan.
Gula Ising - 2 cawan
Tepung Jagung - 2 sudu besar
Air.
Pewarna makanan
Acuan piping bag.
kertas minyak

Cara membuatnya.
Adunkan gula ising dan tepung jagung ke dalam bekas, tuang air dan gaul sehingga adunan tadi tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Agak-agak likat macam kita nak buat hiasan ising atas kek.*haaah camgitulah*

5 Langkah Mudah Bikin Hiasan Cantik untuk Cake

Selepas tu bahagikan beberapa bahagian untuk campurkan pewarna yang disukai.Boelh juga tambah perasa atau pewangi yang digemari. 
*dah namanya DIY-kena kreatiflah*
Sudah dapat warna yang disukai, Masukkan ke dalam acuan piping beg dan rentangkan kertas minyak tadi dan picitkan panjang-panjang ke atas kertas minyak tadi.

Lepas tu biarkan sehingga keras. Bila sudah betul betul keras boleh la pecah-pecahkannya.


5 Langkah Mudah Bikin Hiasan Cantik untuk Cake

Boleh juga buat ikut bentuk sendiri atau hiaskan terus ke atas biskut.
 
Senangkan!?
 
Sekarang kalau beli biskut raya yang kurang menarik, bolehlah kita buat sendiri... 
 
Hahahah 
*ketawa sambil tutup mulut guna hujung jari tangan ala-ala kartun jepun gitu*

Selamat Mecuba! Wassalam...
 
Sumber : I Spy DIY & DetikFood

Pesan EpZ : BUat sendiri jimat belanja dan boleh buat sebanyak mana yang boleh.

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik2 saja dan mudah difahami...

Sun