Thursday, May 19, 2016

Biskut Tat - Bentuk Bunga

<3 Assalamualaikum <3

Hai selamat petang..

Tadi Ennor servay a.k.a jalan-jalan di laman maya ni.

Terus Ennor terjumpa satu DIY 

Memandangkan Bulan Ramadhan akan datang dalam beberapa hari saja lagi dan para ibu-ibu dan suri rumah mesti akan mula berfikir jenis juadah berbuka dan juga tidak ketinggalan berfikir mau buat biskut raya. *part paling di sukai ramai*

Ennor nampak satu DIY ni sangat comel.Boleh buat untuk apa saja jenis tat.

Bentuk bunga yang sangat comel.

  

Cara mau buat dia pun bukannya susah, yang penting ada doh dan acuan.

Acuan bunga dan loyang pembakar yang ada lubang-lubangyang untuk bakar mini muffin.



Ni cara mau buat dia.

Mula-mula ratakan doh senipis yang dikehendaki lepas tu tekan acuan bentuk bunga.

Tekaplah sebanyak mana yang di perlukan 
* ni bikin ketagih main tekap-tekap ni*

Kemudian masukkan dan bentukkan ke dalam loyang.
 
masukkan kedalam loyang secara selang seli takut rosak pula kelopak dia...
Kelopak tu pula selang seli juga. kalau ada 6 kelopak, mula-mula tekan keluar kelopak 1,3 dan 5 baru diikuti kelopak 2,4 dan 6. macam dalam gambar tu. 
 
Gunakan garpu untuk buat lubang2 kecil di dasar doh janganlah pula cucuk sampai tembus... karang terkeluar pula jem di dasar loyang tu. habiss melekat nanti biskut. Isikan jem / inti sesuka hati. 

Lepas tu bakar macam biasa.

bila sudah masak baru keluarkan dari loyangnya.

Nah cantikkan? taburkan gula ising untuk menambahkan serinya... guna penyeri lain pun boleh ikut kreatif kita sendiri.

Tadaaaa!!!!!

Comelkan?

Selamat mencuba semua...
Nanti Ennor share lagi.... Wassalam....

Sumber : Beesdiy

Pesan EpZ: Kena tanya anak-anak juga, mana tau diorang ada idea yang lebih kreatif lagi... hehehe

No comments:

Sun