Wednesday, September 14, 2016

Rawatan muka - cara Ennor

<3 Assalamualaikum <3

Hai....

Tiba-tiba Ennor teringat sama kazen (cousin) Ennor yang sekarang bekerja sebagai Inspektor Kesihatan.

Dulu masa dia sekolah muka dia ni penuh jerawat. Kulit putih tapi berjerawat. 
Jerawat tu sudahlah besar-besar, merah-merah lagi tu. 
Dia mengadu sama saya sebab sakit jerawat tu dia tidak tahan.
Lepas tu dia tanya lah macam mana saya jaga muka saya yang halus mulus ni.
(ceeehhhh halus la mengkali) hoh hoh hoh

Oke time saya sekolah dulu dalam tahun 90-an ada satu produk ni nama dia Hazeline Snow.
Bagi orang-orang yang sama batch sama Ennor mesti kenal apa produk ni kan?



Haaaa... ini lah dia produk yang Ennor pakai zaman sekolah dulu.
Sekarang lain sudah rupa dia...

 Ada satu kali tu Ennor berhenti pakai... sebab dengar-dengar yang produk ni di perbuat dari uri bayi...
Errrgghhh entah betul atau tidak, Ennor pun berhenti pakai dan bertukar ke Fair and lovely.
Sekarang Ennor lebih banyak guna produk Safi... sampai anak perempuan pun ikut guna produk ni.

Oke berbalik pada cerita di atas pasal kazen Ennor.

Ennor dan Sikin (nama kazen Ennor) buat satu projek...

Ennor parut timun....

Kemudian campurkan putih telur.

Sudah gaul sebati... Kami masukkan kedalam peti sejuk. Boleh juga pakai terus.
Tapi di rumah parent Ennor suhu agak panas, jadi kami mau sejuk-sejuk hihihi

Selepas setengah jam macam tu... Kami pun projeklah... 
tempelkan di muka...siap.
Tunggu lah selama beberapa minit atau sampai kulit muka rasa tegang.
Pastu basuh muka guna air bersih.

Ennor syorkan Sikin untuk guna sekali seminggu...
Tapi dia hentam 2x seminggu... dalam dua bulan gitu merah-merah jerawat dia sudah hilang.
Jerawat makin kecut. Apa lagi happy lah dia... sampai kawan-kawan dia di sekolah pun tanya apa produk dia guna.

Ennor amalkan juga masker timun ni... 2 kali sebulan. Muka nda da jerawat kan...
Sumandak-sumandak (anak dara) Ennor pun buat juga... takut betul diorang tu sama jerawat batu.
Kadang-kadang kalau Ennor buat malam... suami pun pandai juga tumpang sekaki.. hehehe
Tia apa lah... biar dia rasa relax sikit selepas seharian bekerja.

Pernah satu kali suami bagitau yang rakan sekerja dia tanya suami apa produk yang Ennor guna sampai muka halus gini... Jadi, suami syorkan timun dan putih telur..... Entahlah apa progress dia sekarang.

Oke... siapa mau cuba... sila kan....
Wasalam...

Sumber gambar = Google image search

Pesan EpZ: Jangan lokek tips kecantikan kongsi lah... hehehhe

2 comments:

  1. hazelin snow? macam penah dengar

    ReplyDelete
  2. @Nabila Syifa... Produk kecantikan paling femes zaman 80-an -90-an

    ReplyDelete

Komen yang baik2 saja dan mudah difahami...

Sun