Alhamdulillah... setakat hari ni cuaca agak cerah dari pagi.
Hujung minggu Ennor dan anak-anak berada di rumah saja sebab hujan lebat.
Ayah diorang pula sibuk kerja tak pulang pada malam minggu sebab dia terlibat dalam pertandingan antara hotel-hotel di Sabah yang di anjurkan oleh MAH.
Oke Ennor sebenarnya rasa bersyukur -Alhamdulillah-
Sebab... sejak beberapa menjak ni... Ennor sering tersenarai dalam pemenang segmen bloglist dan GA.
Alhamdulillah...
Mungkin rezeki anak ke 7.
Sebenarnya ada beberapa segmen dan GA Ennor dah menang tapi Ennor kesal sebab beberapa kali Ennor bagi alamat pos kat peti surat. Tapi 'hadiah' tu di ambil oleh orang lain.
Patutlah Ennor tunggu punya tunggu punya tunggu tapi, tak sampai-sampai.
Ennor pun tak ada terima no daftar pos dari si pengirim.
Sekali Ennor kedapatan, ada resit pos penghantaran barang dalam kereta yang mungkin terikut dengan surat-surat lain. Ennor ternampak semasa mengemas kereta kami.
Suami pun terkejut dia langsung tak tahu dan rasa marah.
Ennor jawablah 'tidak apa lah bang, mungkin bukan rezeki..' tapi dalam hati memang sedih.
Sebenarnya ada orang lain yang pegang kunci peti surat sekarang. Dulu kami yang pegang tapi jarang-jarang dapat 'lawat' pejabat pos, jadi kami serahkan kunci kepada saudara sendiri.
huhu tak apa lah...
Tapi Ennor rasa gembira sebab menang 2 segmen dan GA ni...
Alhamdulillah....
Dah rezeki Ennor dan anak-anak. hehehe
Ennor doakan semoga kawan-kawan lain pun akan dapat jadi pemenang juga... yaaa...
Pesan EpZ ; Lepas ni jangan list Ennor tak dapat hadiah pula ya? heheheh gurau ja bha...
Petang ni Ennor mau review satu movie Jepun. Hari tu Ennor ada janji kan di post SINI mau review movie ni...
Sepa sini yang pernah tengok drama 1 litre of tears (1 Litre no Namida)Cerita ni berkisarkan dari kisah benar.di mana seorang remaja Ikeuchi Aya berumur 15 tahun yag sangat pintar dalam akademi dan aktif dalam sukan bola keranjang.
Keluarganya mempunyai sebuah kedai membuat dan menjual tauhu.
Dalam kegembiraan menempuhi hidup sebagai seorang remaja ceria Aya telah mengidap satu penyakit yang pada masa itu memang tiada penawar. Penyakit yang dipanggil spinocerebellar degeneration
di mana penyakit ini menyebabkan sistem motor otak kita semakin hilang fungsi.
Ibu Aya perasan akan perubahan anaknya itu. Aya pula tidak mengesyaki apa-apa. Bila satu hari Aya hilang pertimbangan dan jatuh tanpa dapat mengawal badan dia. Dagu Aya luka ibu bapanya terus membawa Aya ke hospital untuk pemeriksaan. Ibu Aya yang berpengalaman sebagai seorang jururawat (bekas) tahu akan perubahan fisiologi anaknya. Setiap kali Aya dibawa ke hospital dan doktor membuat pemeriksaan dan akhirnya Aya disahkan penyakit Spinocerebellar degenaration. Doktor yang merawat Aya menyarankan Aya untuk menulis sebuah jurnal tetapi Aya tidak tahu macam mana. Jadi Doktor tu cadangkan Aya menulis sebuah diary. Diary Aya telah diterbitkan dan dijual. Aya menulis sehingga dia betul-betul tidak boleh menulis, berjalan, makan sendiri pendek kata tidak boleh mengurus diri sendiri termasuklah tidak boleh bercakap.
Macam mana Aya menerima hakikat tentang penyakit ini? Apa reaksi bapa Aya dan adik-adiknya?
Kalau Mau tahu boleh kita tengok sini 1 Litre of Tears full episode tu.
Part yang paling Ennor sedih masa Doktor memberitahu perkara sebenar kepada ibu bapa dan Aya tentang penyakitnya tapi Aya memang tahu dia ada penyakit tu. macam mana dia tahu? sendiri lah kamu tengok.
Ennor bukan kenal sangat dengan pelakon-pelakon Korea ni. hehehe.
Oke Ennor cerita dari Ennor punya versi sendiri la ya...
Movie ni berlatar belakangkan kehidupan di dalam penjara wanita.
Pelakon utama di penjara selam 10 tahun atas tuduhan membunuh suaminya tanpa sengaja.
Masa tu dia tengah mengandung suami dia ni suka betul mendera. Hari-hari dia dera watak utama ni. Satu hari si isteri sudah tidak tahan dengan sakit didera dia melawan dan menolak suaminya. Suaminya jatuh diatas coffee table kaca dan tertusuk kaki tengah meja dan mati di tempat kejadian.
Watak utama tu pun dipenjara dan melahirkan anak semasa dalam tahanan.Dia dibenarkan membesarkan anaknya di dalam penjara. Bilik penjara yang menempatkan watak utama dan 3 lagi rakannya dihias seperti sebuah rumah.Demi anak tadi.
Pelbagai karenah yang terjadi dalam penjara tu. Gaduh, Gurau, suka duka macam-macam lagi lah.
Part yang betul-betul buat Ennor menangis.. bukan saja Ennor anak Ennor dan adik ipar pun ikut nangis.
Round-round di blog view ternampak lah satu tajuk ni dengan gambar miau dia yang bermuka sedih..
Alolo...sian miau...
tau -tau owner blog mohon meramaikan GA dia ni.
Oke lah Ennor pun join juga lah...
haa klik ni banner...
Ennor tertarik dengan lipstick dia ni....
Dalam GA ni kita kena follow blog, instagram dan twitter yang ada tu.
Ennor dah follow semua.
Lepas tu dia suruh ceritakan pengalaman random kindness yang pernah kita buat...
hmmmm...... Ennor rasa macam banyak yang Ennor buat...
Tengah rewind balik mana satu yang betul-betul buat Ennor terkenang sampai sekarang...
RANDOM KINDNESS
Hari Khamis lepas masa pulang dari kerja hujan renyai-renyai.
Biasalah perjalanan dari Kota Kinabalu ke Tuaran ambil masa lebih kurang 45 minit.
Itu pun kalau jalan tidak sesak. Kalau sesak ada sampai dua jam. huhuhu
Kami ni ikut jalan Sulaman ke Tuaran.
Limpas sikit Politeknik Kota Kinabalu tu ada satu bulatan simpang empat.Pada mulanya husband nak ikut jalan lurus iaitu simpang kedua dan direct ke Pekan Tuaran.
Masa tu memang banyak kereta ikut jalan tu. Mata saya ternampak ada satu kereta Myvi tersadai tepi jalan diantara simpang pertama (ke arah gerai-gerai kelapa bakar, Intan Sabah, Shangri-La's Rasa Ria Resort dan Tuaran) dan simpang kedua (jalan ke arah Kayu Madang -tempat pembuangan sampah dan jalan lama ke Pekan tuaran). Ada seorang beliau lelaki berdiri di tepi kereta dalam hujan renyai tu.
"eh? kenapa beliau ni? rosak kali kereta dia bang.cuba dulu tengok"
Terdetik hati nak tolong. Jam dah menunjukkan lebih kurang dekat-dekat 8 malam.
Pada masa yang sama suami pun memang terdetik nak tolong dia sudah pun pasang signal untuk berhenti. Kereta lain semuanya lalu begitu saja.
Suami buka jendela.
Mereka bercakap dalam bahasa Bajau Sama, Tapi Ennor translate dalam melayu saja la, sebab Ennor ni pun tidak mahir sangat. Faham tapi tak pandai cakap hehehe.
Pakcik : Nak, tolong dulu pakcik...
Suami : Kenapa pakcik? kenapa kereta pakcik?
Pakcik : Nda... kereta oke. Pakcik mau tanya, mana jalan mau pigi Tuaran?
Suami : Semua simpang ni memang jalan pigi Tuaran.yang ni pi kelapa bakar, yang ni tembus pi kayu madang terus pi rugading, yang ini tembus pi Telipok. Pakcik pulang mana juga?
Pakcik : Lok Batik...
Suami : naahh dekat saja tu pakcik, ikut jalan kelapa bakar ni terus sampai jambatan tinggi tu.
Pakcik : minta maaf lah nak, pakcik tesesat nda biasa ni tempat.
Suami : tidak apa pakcik, pakcik ikut saja kami di belakang kita jalan sama-sama.
Suami pun pusing roundabout tu dan tunggu pakcik di simpang kelapa bakar.Pakcik tu ikut saja dibelakang kami. Macam-macam dalam fikiran kami. Pakcik ni rabun ka? pakcik ni ada alzheimer ka?
Suami : bahaya juga pakcik ni kena suruh driving sendiri kalau ada alzheimer.
Saya : mungkin bukan Alzheimer bha tu... mungkin pakcik ni nda biasa jalan malam, tu sebab dia sesat.biasalah warga emas sudah kan.
Suami : mungkin juga.
Kami pun berhenti di depan Futsal Arena. Pakcik tu pun berhenti. Suami keluar jumpa pakcik tu. Pakcik tadi sangat berterima kasih sebab sampai di sini dia sudah tau. Rumah dia depan sikit saja lagi. Dia cakap dia tidak biasa dengan jalan di sini kalau malam, lebih-lebih lagi dalam keadaan hujan. Syukurlah pakcik selamat. Rupa-rupanya anak pakcik ni salah seorang orang besar dalam Pertubuhan Peladang Tuaran. Bila suami sebut nama arwah bapa dia, berisghtifar pakcik tadi.
Pakcik : Pakcik kenal betul sama arwah bapa kamu nak.Kami rapat tu, arwah bagus betul sama semua orang masa dia hidup.
Tidak sangkakan? orang yang kita bantu rupanya sangat mengenali keluarga kita balik.
Itulah antara pengalaman Ennor dan suami tolong orang. Macam banyak tu tapi semuanya Ennor tak ingat. Kalau dah tolong orang, Ennor tak nak ingat sangat sebab ikhlas membantu.
My IG
Pesan EpZ : kadang-kadang tak dapat join GA, bukan sebab tidak minat.Sebab.. jarang dapat on Fb heheheh