Monday, November 07, 2016

Mungkin Rezeki kita, Mungkin Bukan.

<3 Assalamualaikum <3
 
 Selamat hari isnin...

Alhamdulillah... setakat hari ni cuaca agak cerah dari pagi.
Hujung minggu Ennor dan anak-anak berada di rumah saja sebab hujan lebat.
Ayah diorang pula sibuk kerja tak pulang pada malam minggu sebab dia terlibat dalam pertandingan antara hotel-hotel di Sabah yang di anjurkan oleh MAH.

Oke Ennor sebenarnya rasa bersyukur -Alhamdulillah-
Sebab... sejak beberapa menjak ni... Ennor sering tersenarai dalam pemenang segmen bloglist dan GA.
Alhamdulillah...
Mungkin rezeki anak ke 7.
Sebenarnya ada beberapa segmen dan GA Ennor dah menang tapi Ennor kesal sebab beberapa kali Ennor bagi alamat pos kat peti surat. Tapi 'hadiah' tu di ambil oleh orang lain.
Patutlah Ennor tunggu punya tunggu punya tunggu tapi, tak sampai-sampai.
Ennor pun tak ada terima no daftar pos dari si pengirim. 

Sekali Ennor kedapatan, ada resit pos penghantaran barang dalam kereta yang mungkin terikut dengan surat-surat lain. Ennor ternampak semasa mengemas kereta kami.
Suami pun terkejut dia langsung tak tahu dan rasa marah. 
Ennor jawablah 'tidak apa lah bang, mungkin bukan rezeki..' tapi dalam hati memang sedih.
Sebenarnya ada orang lain yang pegang kunci peti surat sekarang. Dulu kami yang pegang tapi jarang-jarang dapat 'lawat' pejabat pos, jadi kami serahkan kunci kepada saudara sendiri.
huhu tak apa lah...

Tapi Ennor rasa gembira sebab menang 2 segmen dan GA ni...



Alhamdulillah....

Dah rezeki Ennor dan anak-anak. hehehe
Ennor doakan semoga kawan-kawan lain pun akan dapat jadi pemenang juga... yaaa...

Pesan EpZ ; Lepas ni jangan list Ennor tak dapat hadiah pula ya? heheheh gurau ja bha...

Friday, November 04, 2016

Movie : 1 Litre of Tears (Special)

<3 Assalamualikum <3

Petang ni Ennor mau review satu movie Jepun.
Hari tu Ennor ada janji kan di post SINI mau review movie ni...

Sepa sini yang pernah tengok drama 1 litre of tears (1 Litre no Namida)Cerita ni berkisarkan dari kisah benar.di mana seorang remaja Ikeuchi Aya berumur 15 tahun yag sangat pintar dalam akademi dan aktif dalam sukan bola keranjang.
Keluarganya mempunyai sebuah kedai membuat dan menjual tauhu.
Dalam kegembiraan menempuhi hidup sebagai seorang remaja ceria Aya telah mengidap satu penyakit yang pada masa itu memang tiada penawar. Penyakit yang dipanggil spinocerebellar degeneration
di mana penyakit ini menyebabkan sistem motor otak kita semakin hilang fungsi.
Ibu Aya perasan akan perubahan anaknya itu. Aya pula tidak mengesyaki apa-apa. Bila satu hari Aya hilang pertimbangan dan jatuh tanpa dapat mengawal badan dia. Dagu Aya luka ibu bapanya terus membawa Aya ke hospital untuk pemeriksaan. Ibu Aya yang berpengalaman sebagai seorang jururawat (bekas) tahu akan perubahan fisiologi anaknya. Setiap kali Aya dibawa ke hospital dan doktor membuat pemeriksaan dan akhirnya Aya disahkan penyakit Spinocerebellar degenaration. Doktor yang merawat Aya menyarankan Aya untuk menulis sebuah jurnal tetapi Aya tidak tahu macam mana. Jadi Doktor tu cadangkan Aya menulis sebuah diary. Diary Aya telah diterbitkan dan dijual. Aya menulis sehingga dia betul-betul tidak boleh menulis, berjalan, makan sendiri pendek kata tidak boleh mengurus diri sendiri termasuklah tidak boleh bercakap.

Macam mana Aya menerima hakikat tentang penyakit ini? Apa reaksi bapa Aya dan adik-adiknya?
Kalau Mau tahu boleh kita tengok sini 1 Litre of Tears full episode tu.
Part yang paling Ennor sedih masa Doktor memberitahu perkara sebenar kepada ibu bapa dan Aya tentang penyakitnya tapi Aya memang tahu dia ada penyakit tu. macam mana dia tahu? sendiri lah kamu tengok.

Itu pasal drama dia... 

3-Days Header Giveaway by Mellya


<3 Assalamualaikum <3


Selamat hari Jumaat...

Memandangkan Ennor belum ada mood mau blogging ari ni...
Ennor buat pembukaan dengan join contest ni... huhuhu....

Klik banner atas tu ya...

contest start : 03/11/2016 (0343pm) sampai 06/11/2016 (0343pm) 

Pesan EpZ : Ngantuk2 ni pun terpaksa juga jaga kaunter... huhuhu (SYMP)

Wednesday, November 02, 2016

Movie : Harmony -Korean Movie

<3 Assalamualaikum <3

Haluuu...

hari ni Ennor mau cerita satu lagi movie sedih...

Ni kali dari Korea.

Tajuk : Harmony
Duration : 1jam 55minit (lebih kurang la)
Genre : musical / sedih
Tarikh keluar : 2010
 Pelakun : tengok senarai DISINI 
Ennor bukan kenal sangat dengan pelakon-pelakon Korea ni. hehehe.

Oke Ennor cerita dari Ennor punya versi sendiri la ya...









Movie ni berlatar belakangkan kehidupan di dalam penjara wanita.
Pelakon utama di penjara selam 10 tahun atas tuduhan membunuh suaminya tanpa sengaja.
Masa tu dia tengah mengandung suami dia ni suka betul mendera. Hari-hari dia dera watak utama ni. Satu hari si isteri sudah tidak tahan dengan sakit didera dia melawan dan menolak suaminya. Suaminya jatuh diatas coffee table kaca dan tertusuk kaki tengah meja dan mati di tempat kejadian.
Watak utama tu pun dipenjara dan melahirkan anak semasa dalam tahanan.Dia dibenarkan membesarkan anaknya di dalam penjara. Bilik penjara yang menempatkan watak utama dan 3 lagi rakannya dihias seperti sebuah rumah.Demi anak tadi.
Pelbagai karenah yang terjadi dalam penjara tu. Gaduh, Gurau, suka duka macam-macam lagi lah.
Part yang betul-betul buat Ennor menangis.. bukan saja Ennor anak Ennor dan adik ipar pun ikut nangis.

Scene sedih yang bikin mengalir air mata.

Giveaway Shade Dough by Hanis Zalikha

<3 Assalamualaikum <3

Round-round di blog view ternampak lah satu tajuk ni dengan gambar miau dia yang bermuka sedih..

Alolo...sian miau...
tau -tau owner blog mohon meramaikan GA dia ni.
Oke lah Ennor pun join juga lah...

haa klik ni banner... 
Ennor tertarik dengan lipstick dia ni....

http://www.bajuwarnacoklat.com/2016/10/giveaway-shade-dough-by-hanis-zalikha.html 

Dalam GA ni kita kena follow blog, instagram dan twitter yang ada tu.
Ennor dah follow semua. 

Lepas tu dia suruh ceritakan pengalaman random kindness yang pernah kita buat...
hmmmm...... Ennor rasa macam banyak yang Ennor buat...
Tengah rewind balik mana satu yang betul-betul buat Ennor terkenang sampai sekarang...

RANDOM KINDNESS

Hari Khamis lepas masa pulang dari kerja hujan renyai-renyai.
Biasalah perjalanan dari Kota Kinabalu ke Tuaran ambil masa lebih kurang 45 minit.
Itu pun kalau jalan tidak sesak. Kalau sesak ada sampai dua jam. huhuhu
Kami ni ikut jalan Sulaman ke Tuaran.
Limpas sikit Politeknik Kota Kinabalu tu ada satu bulatan simpang empat.Pada mulanya husband nak ikut jalan lurus iaitu simpang kedua dan direct ke Pekan Tuaran.
Masa tu memang banyak kereta ikut jalan tu. Mata saya ternampak ada satu kereta Myvi tersadai tepi jalan diantara simpang pertama (ke arah gerai-gerai kelapa bakar, Intan Sabah, Shangri-La's Rasa Ria Resort dan Tuaran) dan simpang kedua (jalan ke arah Kayu Madang -tempat pembuangan sampah dan jalan lama ke Pekan tuaran). Ada seorang beliau lelaki berdiri di tepi kereta dalam hujan renyai tu.
"eh? kenapa beliau ni? rosak kali kereta dia bang.cuba dulu tengok"
Terdetik hati nak tolong. Jam dah menunjukkan lebih kurang dekat-dekat 8 malam.
Pada masa yang sama suami pun memang terdetik nak tolong dia sudah pun pasang signal untuk berhenti. Kereta lain semuanya lalu begitu saja.
Suami buka jendela.
Mereka bercakap dalam bahasa Bajau Sama, Tapi Ennor translate dalam melayu saja la, sebab Ennor ni pun tidak mahir sangat. Faham tapi tak pandai cakap hehehe.
Pakcik : Nak, tolong dulu pakcik...
Suami : Kenapa pakcik? kenapa kereta pakcik?
Pakcik : Nda... kereta oke. Pakcik mau tanya, mana jalan mau pigi Tuaran?
Suami : Semua simpang ni memang jalan pigi Tuaran.yang ni pi kelapa bakar, yang ni tembus pi kayu madang terus pi rugading, yang ini tembus pi Telipok. Pakcik pulang mana juga?
Pakcik : Lok Batik...
Suami : naahh dekat saja tu pakcik, ikut jalan kelapa bakar ni terus sampai jambatan tinggi tu.
Pakcik : minta maaf lah nak, pakcik tesesat nda biasa ni tempat.
Suami : tidak apa pakcik, pakcik ikut saja kami di belakang kita jalan sama-sama.
Suami pun pusing roundabout tu dan tunggu pakcik di simpang kelapa bakar.Pakcik tu ikut saja dibelakang kami. Macam-macam dalam fikiran kami. Pakcik ni rabun ka? pakcik ni ada alzheimer ka?
Suami : bahaya juga pakcik ni kena suruh driving sendiri kalau ada alzheimer.
Saya : mungkin bukan Alzheimer bha tu... mungkin pakcik ni nda biasa jalan malam, tu sebab dia sesat.biasalah warga emas sudah kan.
Suami : mungkin juga.
Kami pun berhenti di depan Futsal Arena. Pakcik tu pun berhenti. Suami keluar jumpa pakcik tu. Pakcik tadi sangat berterima kasih sebab sampai di sini dia sudah tau. Rumah dia depan sikit saja lagi. Dia cakap dia tidak biasa dengan jalan di sini kalau malam, lebih-lebih lagi dalam keadaan hujan. Syukurlah pakcik selamat. Rupa-rupanya anak pakcik ni salah seorang orang besar dalam Pertubuhan Peladang Tuaran. Bila suami sebut nama arwah bapa dia, berisghtifar pakcik tadi.
Pakcik : Pakcik kenal betul sama arwah bapa kamu nak.Kami rapat tu, arwah bagus betul sama semua orang masa dia hidup.
Tidak sangkakan? orang yang kita bantu rupanya sangat mengenali keluarga kita balik.
Itulah antara pengalaman Ennor dan suami tolong orang. Macam banyak tu tapi semuanya Ennor tak ingat. Kalau dah tolong orang, Ennor tak nak ingat sangat sebab ikhlas membantu.
  **Giveaway ini adalah ditaja sepenuhnya oleh @loveaa.my_ dengan kolaborasi bersama blog www.bajuwarnacoklat.com. Sebarang pertanyaan mengenai produk Shade Dough [Lip Bait] by Hanis Zalikha, cara pembelian secara online atau cod boleh hubungi 013-264 7912**
 https://www.instagram.com/ennorzurah/
My IG

Pesan EpZ : kadang-kadang tak dapat join GA, bukan sebab tidak minat.Sebab.. jarang dapat on Fb heheheh

Tuesday, November 01, 2016

Movie : Sunk Into The Womb

<3 Assalamualaikum <3

 

Salam hari Selasa.

Beberapa hari ni Ennor banyak terbaca review movie Jepun yang satu ni.
Sunk into The Womb.

Rata-rata menyatakan cerita ni memang tangkap sedih dan ianya berdasarkan dari kisah sebenar.
Ennor rasa macam mau tengok tapi bila baca sipnosis dari satu blogger ni.


Jadi Ennor bacalah sampai habis...
dalam hati mau tengok / tak mau tengok / mau tengok
Last-last Ennor tengok juga .. tapi tak sampai 15 minit. 
Kesian tengok ibu tu bawa anak dia piknik dalam rumah saja.
Teringat anak-anak di rumah... huhuhu...

Pulang petang bercerita sama suami pasal movie ni.
Pastu tanya dia.. 
"Bang, meh kita tingu ni cerita?"
(psst dia ni sensitif kalau movie atau video yang berkaitan dengan kesusahan budak budak)
Dia jeling saya... hehehe
"ko pun tau kan.. saya paling nda tahan tingu cerita macam tu"
Haa kan sensitif hehehe.
Jangankan mau bawa dia tengok cerita ni. 
Tengok viral video penderaan kanak-kanak pun dia tidak tahan, sedih dan marah lagi dia.
Apa lagi kalau tengok movie ni mesti dia lari tak mau tengok.

Akhirnya saya pun putuskan tidak mau tengok... tak berani dan takut menangis depan movie.

Pesan EpZ : Sebenarnya cerita begini banyak pengajarannya. Tapi tak tahan tengok sebab naluri sebgai seorang insan yang sensitif. huhuhu

Monday, October 31, 2016

Ennor dan anak-anak ketagih tonton wayang tamil..

<3 Assalamualaikum <3

Hehehe

Selamat petang,,,,

Tengok tajuk tu...

Ennor dan anak-anak memang tak berapa suka tengok wayang hindi.. 
Hmmm nda tau lah kenapa ... tapi macam cepat boring pula tengok...

Kalau si Ira lagi...
Sudah tengok intro 5 minit....
main wayang 10 minit...
tiba-tiba ada menyanyi dan menari...

IRA: Ibu....!!! ni yang nda best tingu hindi nihhh.. Intro suda mau 5 minit, main baru 10 minit nda masuk iklan. terus..... nyanyi lagi nari lagi...
NURUL : Sabar jak ko sana kak.... hahahah
IRA : Best lagi tamil... biarpun nda masuk akal time belawan... nyanyi2 pun movie masi on... hehehe

daaannn mo dikasi jadikan cerita....

Hari Jumaat, sabtu dan ahad... kami tengok wayang tamil...
 Jumaat jam 9pm tv3 kami tingu..
 
Lingaa pelakon Rajinikhan... 

biarpun wayang lama tahun 2014 lagi tetap best tingu... si Nurul sampai menangis-nangis bah tengok.. Sedih part Raja tu sanggup gadai istana dan semua harta benda dia untuk memenuhi nafsu serakah pegawai daerah (org British) yang gila harta dan kuasa. Demi untuk kemudahan rakyatnya. Sampai dia difitnah oleh tali barut (org kampung sendiri) dan di halau dari kampung sebab org kampung percaya sama tali barut tu. walaupun buttler raja tu mau ceritakan hal sebenar tapi raja tidak mahu. Last-last isteri tu org british sendiri yang bagitau hal sebenar, sebab tidak tahan dengan perangai lakinya tu yang gila harta dan kuasa dengan cara menipu orang tempatan.Akhirnya rakyat dia terjumpa raja tadi memasak di dapur dan memberikan makanan percuma kepada fakir miskin... 

Hari Sabtu... TV3 jam 2 pm..
Kami tingu Sivaji the Boss..
 
ini pun pelakon yang sama Rajinikhan...
wayang laaagi lama 2007...
cerita ni pula Sivaji seorang pakar software dari India pulang dari amerika dan dia yang tersangat kaya ni mahu bina hospital, kolej dan sekolah di tempat asal dan memberikan perkhidmatan perubatan dan pendidikan secara percuma kepada orang yang miskin. Tapi ya lah kalau buat baik ada saja orang tidak puas hati sampai mahu menjatuhkan staring kita ni... banyak aksi kurang menyanyi dan menari. Sivaji ditangkap polis dan polis berpakat sama orang jahat tadi untuk bunuh sivaji tapi ada polis yang tolong sivaji supaya sivaji boleh merancang untuk melepaskan diri. penjahat tu sangka sivaji ni sudah mati. Rupa-rupanya belum, dan MGR (iaitu sivaji sendiri yang sudah botak) datang balik dan mahu ambil alih semua dana sivaji. penjahat tadi memang syak yang MGR ni sebenarnya sivaji... tapi orang awam percaya yang sivaji sudah mati semasa dalam penjara. Akhirnya penjahat tadi pun mati... duit - duit yang dia simpan di bawah atap genting rumah ia yang bersebelahan saja dengan kolej tu bertebangan masa dia berlawan dengan sivaji. Secara nda sengaja penjahat tadi pun jatuh masa para pelajar berebut-rebut duit yang berterbangan tadi dan penjahat tadi yang jatuh dibawah tanpa di sedari oleh pelajar2 tadi mati dipijak dileher dan mati ditempat kejadian...

Hari Ahad pula kami tengok tv2 jam 3 pm.
tajuk dia Manam.
Cerita ni lebih kepada cerita fantasi...
ni macam cerita kelahiran semula lah...
Anak (Bittu) terjumpa dengan sepasang lelaki (radha) dan perempuan (krishna) muda yang sebiji macam mendiang mama dan bapa dia yang mati dalam kemalangan pada 14 feb jam 10.20 pagi. Jadi si Bittu berusaha untuk menyatukan mereka. Begitu juga anak (Chai) kepada si anak (Bittu) tadi punya cerita tapi versi agak tua. Dia pengsan ditengah jalan dan seorang wanita (Anjali) menyelamatkan dia dengan menumpang kereta anak (Bittu) tadi pergi hospital (rupanya perempuan ni doktor), orang tua yang pengsan tadi tu ternampak Anjali yang serupa dengan mak dia, bila dia toleh kekanan tengok ada lelaki (Bittu) yang mendermakan darah kepadanya sebiji macam bapa dia.
Oke macam ada kekeliruan mula-mula di sana.
Tiba tarikh ulang tahun hari lahir si Bittu pada 13 feb... Rupanya mereka semua (mama dan bapa yang sudah mati) memang ingat kisah kelahiran sebelumnya. semua pun mati pada masa, tempat dan tarikh yang sama cuma tahun saja berlainan.
14 Feb jam 10.20pagi.tragedi bermula lagi.... Berjaya kah mereka selamat? huhuhu
Kalau mau tau... tengokla sendiri... kurang menyanyi dan menari...ada juga nyanyi-nyanyi dia tapi cerita masih berjalan. Sepanjang saya tengok kemarin macam ada satu kali saja la yang ada menyanyi sambil menari masa si Radha kasi minum arak sama anak dia si Bittu yang memang tidak pandai minum.. terus berkhayal sambil nyanyi dan menari.

Adoi panjang pula cerita Ennor hari ni kan?
best lagi tengok wayang tamil dari hindi...
heheee ni pendapat Ennor saja... 
tolong jangan kecam...bukan Ennor benci tengok wayang hindi... tak berapa minat saja...

Pesan EpZ: sama minat sama anak-anak boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan dan kasih sayang.

Friday, October 28, 2016

SEGMEN : Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin

<3 Assalamualaikum <3

Jom kita join GA ni...

Selalunya ikut GA hadiah adalah untuk diri sendiri..
Naaaa ni kali khas untuk anak-anak...
Budak-budak memang suka main ni.
Eh... bukan budak-budak saja yang suka main ni... mak budak dan pak budak pun suka...
Kira macam boleh buat aktiviti bersama keluarga la kan?

Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin
Oke Klik Banner atas ni kalau mau join dan manala tau ada nasib menang kan? 
heheheh
GA ni sampai 07/11/2016 sja tau...
Cepat cepat klik banner atas tu. 

Dia suruh bagi sebab 'kenapa saya patut menang dalam GA ni'

Kenapa saya patut menang dalam Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin ni sebab....
Kalau saya dapat hadiah ni, saya bagi sama anak-anak saya bermain bersama-sama dan mereka akan menghasilkan seni kreatif dan keakraban diantara adik-beradik akan jadi lebih erat.Seronok tau tengok anak-anak bermain bersama dan bertengkar untuk menghasilkan seni yang lebih kreatif.


Pesan EpZ : Anak-anak Ennor memang ramai... melihat mereka membesar, bermain, bertengkar, mengusik antara satu sama lain dan tolong menolong antara mereka adalah satu kebahagiaan bagi setiap ibu bapa.

SEGMEN : BLOGLIST NOVEMBER BY AINUL AQMA

<3 Assalamualaikum <3

Hai salam jumaat...

Hehehe awal awal pagi dah join segmen ni..

Ha ha


http://www.ainulaqma.com/2016/10/bloglist-november-by-ainul-aqma.html

So, Kalau mahu ikut serta...
Klik jak banner di atas tu atau klik SINI

Pastu ikut ja syarat -syarat dia yang paling senang....

Pssst : bilang tu owner blog ada hadiah misteri.....

Pesan EpZ :Mudah mudahan hari jumaat ni adalah hari rezeki ku murah..... Amin...

Thursday, October 27, 2016

Page baru dalam blog si Ennor

<3 Assalamualaikum <3

Haii 
Selamat hari khamis...

Hari ni Ennor mau kenalkan page baru dalam blog Ennor ni...

Tu cek sebelah kanan... ada satu tab WEBSTORE...

Tab tu terkandung link-link webstore yang agak terkenal sebagai 
online shop...

Jadi klik saja mana-mana kedai online yang kamu mau...

Oke terima kasih sebab beri kerjasama....

Pesan EpZ: Rasanya macam mau ubahsuai rumah blog ni.... tapi, masih belum ada keyakinan... huhuhu


Friday, October 21, 2016

Segmen Jom Exchange Link by Mellya Crayola

<3 Assalamualaikum <3 

Awal pagi ni di KK ni mendung saja...
Mendung-mendung ni rasa macam mau tidur ja kan?

Ok la pagi ni Ennor start blog dengan Segmen...

Bha jom klik segmen di bawah paling senang dia punya syarat,
Ada hadiah misteri lagi tu.... hihihi

https://mellyacrayola.blogspot.my/2016/10/segmen-jom-exchange-link-by-mellya.html


Boleh juga Klik link di bawah tu...




Atau



Haha nda bha.... sama saja semua tu.... heheheh


 Pesan EpZ: Ramai kenalan tambah kawan ....

Sun