Wednesday, February 17, 2016

Jangan kau cakap sembarangan sana.

<3 Assalamualaikum <3

Hai salam hari Rabu...

Hari ni kaunter agak lengang sikit tidak tau lah kenapa?
Kaunter sebelah pun macam tu. Kaunter sebelah ni kaunter pembayaran.
Sama juga sunyi dari pelanggan, yang ada pun cuma duduk-duduk saja di ruang lobi ni.

Tiba2 saja terlintas satu peristiwa tentang seorang agen insuran.
Bukan saya mau mengumpat tapi yang sebenarnya terjadi.
Perkara ni terjadi lama dulu, seingat saya dalam tahun 2012/2013 tu.

Datang seorang agen insuran lelaki tinggi dan handsome. 
Saya layan seperti pelanggan lain senyum ketika melayan pelanggan yang berurusan di kaunter.

Dia mohon laporan perubatan untuk client dia. So, saya pun bagi tau prosedurnya.
1. perlu isi borang.
2. borang yang kami sediakan perlu ditanda tangani oleh client dia pada bahagian 'keizinan daripada pesakit/waris.'
3. dokumen-dokumen yang diperlukan.
4. Dan Pembayaran standard sebanyak RM40.


Oke dia pun setuju dan dia akan sediakan apa yang diperlukan oleh pihak hospital.
So, dia pun tanya.

Agen : So, berapa lama dia punya proses?

saya: Proses ambil masa dalam 28 hari bekerja, bersamaan dengan 4-6 minggu.

Agen : What?? begitu lama?

Saya: Itu tempoh yang kami di berikan, tapi ada kemungkinan akan siap bila-bila masa 
dan once dia siap, kami akan maklumkan melalui SMS.

Agen : Lama betul itu nanti saya punya client mati sudah masa tu.

"Tub!" dalam dada saya boleh dia cakap client dia macam tu? 
Apa dia ingat ada itu malaikat maut pigi telefon dia atau sms dia kah? bagitau yang dia punya client akan mati pada sekian - sekian haribulan.

Rasa mau marah pun ada. Sebenarnya dia tidak boleh putuskan perkara macam tu. 
Kalaulah client dia dengar apa yang dia cakap, mesti client dia marah.

Sayang muka saja hensom tapi perangai langsung nda hensom!
HUH!

Selepas terima permohonan dia kami pun proses macam biasa. Tiada lompat baris. 
Nasib baik saja fail pesakit dan doktor cepat saja buat. Jadi, report dia ni cepatlah siap.

Masa dia datang ambil laporan siap dengan muka selamba dia sign pengambilan dalam buku daftar.
Terus, dia chau saja macam tu 'say thank you' pun tiada bha.

Bukan juga mengharap itu 'terima kasih' dia tapi, bila orang berterima kasih sama kita.
Sekurang - kurangnya kita rasa dihargai dengan kerja kita.

Tapi itulah yang paling saya tidak suka cara dia cakap sama saya pasal kematian tu bha.
Sangat nda patut. sangat nda patut.

Pesan EpZ : Seperti pepatah Inggeris dulu - duuulu... 'Don't Judge a book by its cover'  eh, apa kena mengena? eh ehehehe 
Sekian, terima kasih kerana membaca. ^_^v

No comments:

Sun