<3 Assalamualaikum <3
04/7/2016
Hari
pembedahan Nurul sudah tiba. Awal pagi sebelum Nurul di pindahkan ke
Unit Rawatan Rapi Kardiotorasik, jururawat yang bertugas di PICU akan
memandikan Nurul dengan cecair pembasmi kuman. Seluruh badan Nurul dilap
sebelum dia di pindahkan ke tingkat 8 CICU.
Selepas
Nurul dibawa naik ke tingkat 8, Nurul di letakkan di tepi tingkap dalam
wad itu terdapat cuma satu katil yang ada pesakit. Menurut jururawat
bertugas, pesakit tersebut berada di dewan pembedahan yang cuma di
sebelah pintu sahaja.Nurul bertanya "bila pesakit itu akan siap?" Nurse
jawab "petang sikit lah sebab pembedahan jantung ni mana siap 2-3 jam
mungkin jam 2 atau 2.30 begitu dia keluar suda" begitulah penerangan
nurse sama kami mesra dan tidak lokek bagitau apa yang terjadi.
Pada
jam 1 petang Nurul tertidur dan bangun semula jam 2 petang. Dia lihat
katil di depan dia masih kosong tapi tiada katil. "Lambat juga..." dia
merungut. Nurse yang sedang menulis di depan katil dia tergelak. "kenapa
Nurul? Ko nda sabar sudah? Sabar lah... kejap lagi tu uncle keluar
sudah tu...Siap sudah diorang di dalam tu.." Mesra betul Nurse.
Tidak
lama lepas tu keluar beberapa orang staf dari dewan bedah menuju ke
katil Nurul. Saya nampak Dr. Chen Chen. "Mama, kami mau pasang IV line
sama Nurul. Kami tidak pakai line yang lama, Kami akan cari urat yang
lebih besar untuk memasukkan bius dan ubat-ubatan Nurul. Line ini kena
pakai sampai dia habis bedah lah" tabir katil ditarik untuk menutup
pesakit semasa prosedur dijalankan.
Lepas
beberapa minit prosedur siap saya nampak Nurul di pasang tiub di kiri
kanan tangan dia tapi bukan di bahagian yang selalu kita kena pasang tu.
Jarum dimasukkan di urat di bawah tangan (urat besar) kena panggil V
line (vena line). Nurul cakap dia mau lelap sekejap. Saya pun keluar ke
ruang lobi depan lif dan menelefon ayahnya. Tidak lama datang ayah Nurul
kami tunggu sekejap masing-masing dengan fikiran sendiri. Tidak lama
lepas tu pengawal keselamatan yang berada menjaga di depan pintu wad
memanggil kami bagitau yang doktor panggil masuk.
Jumpa
Dr. Chen Chen "pergi lah jumpa anak, sekejap lagi kami mau tolak dia
masuk..." saya lihat uncle yang berada di depan katil Nurul sudah ada
dan masih belum sedar.Saya dan suami cium dahi Nurul kami bagi dia
kata-kata semangat. Ayah Nurul cakap "jangan lupa zikir nak... ingat
Allah" Nurul senyum saja. "iya..." itu saja yang Nurul mampu ucap sama
kami.
lebih
kurang jam 3.30petang Nurul ditolak masuk ke dalam dewan pembedahan.
Hanya doa saja yang mampu kami iringi bersama semangat dia.
7
jam menunggu, kami berada di lobi hospital mandi tiada makan pun tiada
selera. Mana lagi terfikir tu semua, tumpuan hanya sama Nurul. Sekali
sekala terima panggilan dari keluarga tanya tentang Nurul. Kami cuma
cakap masih dalam dewan bedah. Lebih kurang jam 10.30pm kami terima
panggilan dari wad untuk berjumpa dengan Mr. David, sampai di wad kami
belum nampak Nurul di tempat dia. Mr. David cakap dia masih dalam dewan
bedah untuk last touch up 'tutup luka bedah'. Mr. David bagitau risiko
Nurul lebih tinggi dari pesakit stabil sebab dia dibedah dalam keadaan
jantung dia bengkak dan berfungsi hanya 25% sahaja. Risiko ini adalah
20-40% lebih tinggi. Kini hanya berharap dia dapat melepasi tahap
kritikal "kalau dia boleh melaluinya sampai besok pagi, bererti dia oke
lah.." itu saja yang doktor pakar tu cakap. Dengar saja ayat ni saya
merasakan tempat saya berpijak tu tiba-tiba berlubang dan buat saya rasa
jatuh dari tingkat 8 ke tingkat paling bawah. Lutut saya lemah, tapi
saya kuatkan juga semangat selama beberapa jam menunggu tu saya cuba
untuk tidak menangis takut Nurul akan merasa apa yang saya rasa. Tapi
lepas saja keluar dari wad dan teringat apa yang Mr. David cakap, saya
tidak dapat tahan dan terus menangis dalam kereta.
5/7/2016
Tidak sabar mau jumpa Nurul. Nasib baik Mr. David bagi kami kelonggaran untuk melawat Nurul bila-bila masa yang kami mau. Jururawat dan pengawal keselamatan pun bagi kerjasama terutama sekali pengawal keselamatan yang perempuan kalau yang lelaki dan jarang-jarang jaga sana memang tidak bagi kami masuk. Terpaksa tunggu nurse panggil baru dapat masuk. Awal pagi tu kami masuk jumpa Nurul dia masih belum sedar tiub pernafasan masih dalam mulut Nurul mengalir air mata tengok keadaan Nurul. Saya nampak ada air mata bertakung di kelopak mata dia. Ayah Nurul tanya kenapa mata Nurul berair sama tu nurse. "oooh, dia oke tu... kejap lagi dia sedar betul tu. Sekarang ni itu bius mau hilang-hilang sudah tu." ya lah diorang lebih berpengalaman dan tahu keadaan pesakit kan."nanti tengahari kamu tengok dia sedar sudah tu" sambil dia senyum sama kami. Saya cium Nurul dan bagitau yang kawan rapat dia Anas kirim salam cikgu Lee pun kirim salam sama Nurul. Saya tau Nurul memang rapat dengan guru praktikal ni yang sekarang sudah balik Sarawak, itu yang Nurul bagi tau lah.
Tengahari, balik tengok Nurul di wad. Dia tersenyum tengok kami, Alhamdulillah...... dia sudah sedar dan tiub di mulut pun sudah buka.Nurse bagitau dia sudah boleh makan makanan yang lembut-lembut macam bubur atau nestum. Minum pula apa saja yang penting kena sukat kali ni tiada sukat Nurul boleh minum berapa banyak yang dia suka dan apa saja yang dia mau. Tapi itulah, setiap kali minum kena sukat berapa banyak dia minum dan berapa banyak juga yang keluar.Ada tiub ubat yang ditebuk di urat leher Nurul untuk memasukkan ubat-ubatan terus kedalam darah Nurul semuanya hampir 10 jenis ubat kebanyakannya ubat untuk menguatkan jantung Nurul. Dua tiub lagi ditebuk dibadan Nurul untuk mengeluarkan air dari dalam paru-parunya.Ada dua wayar kecil yang bersambung dari portable pacemaker (perentak jantung mudah alih) terus ke jantungnya untuk mengawal rentak jantung Nurul serta monitor keadaannya.
Petang pula kami bagitau yang mau pulang ke rumah sekejap mau tengok adik-adik dia. Memang berat hati saya mau pulang tapi Nurul cakap "Ibu pulang lah tengok adik-adik kesian Nazri (adik bungsu dia) lama sudah dia nda nampak ibu.. aku pun rindu sama Nazri juga.." Malam takbir raya kami pulang rumah. Sedih tinggalkan Nurul di wad sendiri-sendiri tapi bila ingat ada nurse yang sanggup bersengkang mata jaga pesakit dan kami pun memang tidak dibenarkan menemani pesakit semasa di wad rawatan rapi kami terpaksa pulang rumah. Terima Kasih kepada jururawat dan doktor yang sanggup bersengkang mata menjaga dan rajin bawa Nurul bercerita sepanjang masa dia di Wad.

Raya pertama Nurul masuk ke dewan bedah lagi....
Nanti Ennor cerita apa yang terjadi.
Pesan
EpZ : Walaupun hati risau mengenangkan anak yang sakit, jangan lupakan
anak-anak yang lain nanti takut diorang kecil hati pula.
semoga sis n famly tabah dan byk sabar yer... slu buat solat sunat tahajut sis....
ReplyDelete