Monday, October 31, 2016

Ennor dan anak-anak ketagih tonton wayang tamil..

<3 Assalamualaikum <3

Hehehe

Selamat petang,,,,

Tengok tajuk tu...

Ennor dan anak-anak memang tak berapa suka tengok wayang hindi.. 
Hmmm nda tau lah kenapa ... tapi macam cepat boring pula tengok...

Kalau si Ira lagi...
Sudah tengok intro 5 minit....
main wayang 10 minit...
tiba-tiba ada menyanyi dan menari...

IRA: Ibu....!!! ni yang nda best tingu hindi nihhh.. Intro suda mau 5 minit, main baru 10 minit nda masuk iklan. terus..... nyanyi lagi nari lagi...
NURUL : Sabar jak ko sana kak.... hahahah
IRA : Best lagi tamil... biarpun nda masuk akal time belawan... nyanyi2 pun movie masi on... hehehe

daaannn mo dikasi jadikan cerita....

Hari Jumaat, sabtu dan ahad... kami tengok wayang tamil...
 Jumaat jam 9pm tv3 kami tingu..
 
Lingaa pelakon Rajinikhan... 

biarpun wayang lama tahun 2014 lagi tetap best tingu... si Nurul sampai menangis-nangis bah tengok.. Sedih part Raja tu sanggup gadai istana dan semua harta benda dia untuk memenuhi nafsu serakah pegawai daerah (org British) yang gila harta dan kuasa. Demi untuk kemudahan rakyatnya. Sampai dia difitnah oleh tali barut (org kampung sendiri) dan di halau dari kampung sebab org kampung percaya sama tali barut tu. walaupun buttler raja tu mau ceritakan hal sebenar tapi raja tidak mahu. Last-last isteri tu org british sendiri yang bagitau hal sebenar, sebab tidak tahan dengan perangai lakinya tu yang gila harta dan kuasa dengan cara menipu orang tempatan.Akhirnya rakyat dia terjumpa raja tadi memasak di dapur dan memberikan makanan percuma kepada fakir miskin... 

Hari Sabtu... TV3 jam 2 pm..
Kami tingu Sivaji the Boss..
 
ini pun pelakon yang sama Rajinikhan...
wayang laaagi lama 2007...
cerita ni pula Sivaji seorang pakar software dari India pulang dari amerika dan dia yang tersangat kaya ni mahu bina hospital, kolej dan sekolah di tempat asal dan memberikan perkhidmatan perubatan dan pendidikan secara percuma kepada orang yang miskin. Tapi ya lah kalau buat baik ada saja orang tidak puas hati sampai mahu menjatuhkan staring kita ni... banyak aksi kurang menyanyi dan menari. Sivaji ditangkap polis dan polis berpakat sama orang jahat tadi untuk bunuh sivaji tapi ada polis yang tolong sivaji supaya sivaji boleh merancang untuk melepaskan diri. penjahat tu sangka sivaji ni sudah mati. Rupa-rupanya belum, dan MGR (iaitu sivaji sendiri yang sudah botak) datang balik dan mahu ambil alih semua dana sivaji. penjahat tadi memang syak yang MGR ni sebenarnya sivaji... tapi orang awam percaya yang sivaji sudah mati semasa dalam penjara. Akhirnya penjahat tadi pun mati... duit - duit yang dia simpan di bawah atap genting rumah ia yang bersebelahan saja dengan kolej tu bertebangan masa dia berlawan dengan sivaji. Secara nda sengaja penjahat tadi pun jatuh masa para pelajar berebut-rebut duit yang berterbangan tadi dan penjahat tadi yang jatuh dibawah tanpa di sedari oleh pelajar2 tadi mati dipijak dileher dan mati ditempat kejadian...

Hari Ahad pula kami tengok tv2 jam 3 pm.
tajuk dia Manam.
Cerita ni lebih kepada cerita fantasi...
ni macam cerita kelahiran semula lah...
Anak (Bittu) terjumpa dengan sepasang lelaki (radha) dan perempuan (krishna) muda yang sebiji macam mendiang mama dan bapa dia yang mati dalam kemalangan pada 14 feb jam 10.20 pagi. Jadi si Bittu berusaha untuk menyatukan mereka. Begitu juga anak (Chai) kepada si anak (Bittu) tadi punya cerita tapi versi agak tua. Dia pengsan ditengah jalan dan seorang wanita (Anjali) menyelamatkan dia dengan menumpang kereta anak (Bittu) tadi pergi hospital (rupanya perempuan ni doktor), orang tua yang pengsan tadi tu ternampak Anjali yang serupa dengan mak dia, bila dia toleh kekanan tengok ada lelaki (Bittu) yang mendermakan darah kepadanya sebiji macam bapa dia.
Oke macam ada kekeliruan mula-mula di sana.
Tiba tarikh ulang tahun hari lahir si Bittu pada 13 feb... Rupanya mereka semua (mama dan bapa yang sudah mati) memang ingat kisah kelahiran sebelumnya. semua pun mati pada masa, tempat dan tarikh yang sama cuma tahun saja berlainan.
14 Feb jam 10.20pagi.tragedi bermula lagi.... Berjaya kah mereka selamat? huhuhu
Kalau mau tau... tengokla sendiri... kurang menyanyi dan menari...ada juga nyanyi-nyanyi dia tapi cerita masih berjalan. Sepanjang saya tengok kemarin macam ada satu kali saja la yang ada menyanyi sambil menari masa si Radha kasi minum arak sama anak dia si Bittu yang memang tidak pandai minum.. terus berkhayal sambil nyanyi dan menari.

Adoi panjang pula cerita Ennor hari ni kan?
best lagi tengok wayang tamil dari hindi...
heheee ni pendapat Ennor saja... 
tolong jangan kecam...bukan Ennor benci tengok wayang hindi... tak berapa minat saja...

Pesan EpZ: sama minat sama anak-anak boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan dan kasih sayang.

Friday, October 28, 2016

SEGMEN : Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin

<3 Assalamualaikum <3

Jom kita join GA ni...

Selalunya ikut GA hadiah adalah untuk diri sendiri..
Naaaa ni kali khas untuk anak-anak...
Budak-budak memang suka main ni.
Eh... bukan budak-budak saja yang suka main ni... mak budak dan pak budak pun suka...
Kira macam boleh buat aktiviti bersama keluarga la kan?

Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin
Oke Klik Banner atas ni kalau mau join dan manala tau ada nasib menang kan? 
heheheh
GA ni sampai 07/11/2016 sja tau...
Cepat cepat klik banner atas tu. 

Dia suruh bagi sebab 'kenapa saya patut menang dalam GA ni'

Kenapa saya patut menang dalam Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin ni sebab....
Kalau saya dapat hadiah ni, saya bagi sama anak-anak saya bermain bersama-sama dan mereka akan menghasilkan seni kreatif dan keakraban diantara adik-beradik akan jadi lebih erat.Seronok tau tengok anak-anak bermain bersama dan bertengkar untuk menghasilkan seni yang lebih kreatif.


Pesan EpZ : Anak-anak Ennor memang ramai... melihat mereka membesar, bermain, bertengkar, mengusik antara satu sama lain dan tolong menolong antara mereka adalah satu kebahagiaan bagi setiap ibu bapa.

SEGMEN : BLOGLIST NOVEMBER BY AINUL AQMA

<3 Assalamualaikum <3

Hai salam jumaat...

Hehehe awal awal pagi dah join segmen ni..

Ha ha


http://www.ainulaqma.com/2016/10/bloglist-november-by-ainul-aqma.html

So, Kalau mahu ikut serta...
Klik jak banner di atas tu atau klik SINI

Pastu ikut ja syarat -syarat dia yang paling senang....

Pssst : bilang tu owner blog ada hadiah misteri.....

Pesan EpZ :Mudah mudahan hari jumaat ni adalah hari rezeki ku murah..... Amin...

Thursday, October 27, 2016

Page baru dalam blog si Ennor

<3 Assalamualaikum <3

Haii 
Selamat hari khamis...

Hari ni Ennor mau kenalkan page baru dalam blog Ennor ni...

Tu cek sebelah kanan... ada satu tab WEBSTORE...

Tab tu terkandung link-link webstore yang agak terkenal sebagai 
online shop...

Jadi klik saja mana-mana kedai online yang kamu mau...

Oke terima kasih sebab beri kerjasama....

Pesan EpZ: Rasanya macam mau ubahsuai rumah blog ni.... tapi, masih belum ada keyakinan... huhuhu


Friday, October 21, 2016

Segmen Jom Exchange Link by Mellya Crayola

<3 Assalamualaikum <3 

Awal pagi ni di KK ni mendung saja...
Mendung-mendung ni rasa macam mau tidur ja kan?

Ok la pagi ni Ennor start blog dengan Segmen...

Bha jom klik segmen di bawah paling senang dia punya syarat,
Ada hadiah misteri lagi tu.... hihihi

https://mellyacrayola.blogspot.my/2016/10/segmen-jom-exchange-link-by-mellya.html


Boleh juga Klik link di bawah tu...




Atau



Haha nda bha.... sama saja semua tu.... heheheh


 Pesan EpZ: Ramai kenalan tambah kawan ....

Thursday, October 20, 2016

Akaun Instagram dan Wattpad anak-anak.

<3 Assalamualaikum <3

Hmm hari khamis sudah ni...

oke Ennor tak mau cerita panjang..

tajuk entri ni pun sudah memadai.

https://www.instagram.com/_iam.ira/
https://www.wattpad.com/user/NurulFathihah528

Anak Ennor yang no 2 tu nama Nurul yang baru kena bedah jantung bulan julai hari tu.

haa dia lah... saya ada pernah bagi tau kan yang dia more kepada penulisan berbanding kakak dia si Ira,
Ira lebih kepada melukis...
Boleh cek Instagram Ira di SINI dulu banyak gambar lukisan dia upload sini tapi sekarang macam banyak yang dia padam.. sayangnya...

Nurul pula tidak jadi buka blog tapi dia buka akaun di wattpad siapa-siapa yang suka baca wattpad dan ada akaun wattpad bolehlah follow akaun Nurul ni.
Dia ada satu cerita sana baru saja mula pun baru dua part. sekarang dia tengah aktif mencari idea memandangkan dia sudah habis UPSR so, biarkan saja dia dengan minatnya. hehehe

Aishh... Macam lebih kepada mengenalkan akaun diorang la pula.. hahahha


Pesan EpZ : menyokong perkara baik anak-anak. Menegur kesilapan diorang dengan berhemah dan nasihat.

Monday, October 17, 2016

SEGMEN:BLOGLIST NOVEMBER by CIK NUR

<3 Assalamualaikum <3

Selamat petang...

Huhaiiii....

mood hari ni nak ikut blog saja...

hahaha

oke oke klik tu gambar comel di bawah ya...
supaya kita boleh join sama-sama..


10 blogger bertuah akan diberikan hadiah misteri berdasarkan random.org

jom lah join sama-sama...


Pesan EpZ: Ennor dah join... kamu bila lagi....

Kenapa kahwin muda? 'Eksident' ka?

<3 Assalamualaikum <3

Selamat pagi... 
Oke tajuk blog Ennor hari ni agak 'panas' sikit kan?

Siapa pernah dapat soalan macam ni?
Ennor pernah kena tanya soalan ni...

Bikin panas kan?
Perkataan 'eksiden' tu... faham-faham la.. (hamil luar nikah)
Memang la bha... siapa tidak panas dengar ayat tu!
Berderau juga darah Ennor masa tu... 
Lebih-lebih lagi yang tanya tu kan lelaki. Sya ulang... LELAKI...
then, friend kita masa kecik2 dulu.... membesar ditempat yang sama.

Wainaah kau! Macam mau cari gaduh ni tau! hahaha
eh tidaklah... tidak juga Ennor marah sama tu orang...

Kenapa kalau kita yang perempuan ni kahwin umur muda mesti kena tanya soalan yang bikin tabakar telinga tu?
Apa tujuan dia tanya macam tu? Dia kenal bha saya ni orang yang macam mana? 
Dia kenal saya ni dari kami kecil lagi... bukan jenis yang SOOOSIAL...sudah tu.. saya ni spesis pendiam dan pemalu masa remaja dulu...
Sampai saya terkenal disekolah pun sebab sifat saya tu... hhuhuhu...

"kenapa ko kawin awal Nor, Ko eksiden ka?"
huuuuu lama juga saya diam...
pastu.. saya ketawa... saya bagi tau dia... saya kawin masa umur 20 tapi menjangkau umur 23 baru dapat anak..... alhamdulillah sekarang rezeki anak tak pernah putus... 
sampai 6 orang.. coming soon 7... hamek kaw! hahahah...

Terpulanglah sama ko boy...saya nda tau apa tujuan ko tanya sya macam tu...
Yang penting kami sekeluarga sangat bahagia...

Alhamdulillah....

Pesan EpZ: Kawin awal susah... kawin lambat pun susah... tak kawin-kawin lagilah sengsara... tapi kalau dah kawin tapi belum ada zuriat... puuuun orang kampung mau jadikan gosip... hhuuuuu sabar sajalah....
Sun