<3 Assalamualaikum <3
Hai selamat petang..
hehehe
hari ni Ennor mau kongsi satu resepi...
Oke tengok tajuk macam nda faham kan?
Ennor pun sama xixixi....
oke - oke maksud Ennor macam dalam gambar di bawah ni.
Sepa yang tidak suka sama ni biskut? semua pun suka kan?
Budak-budak Ennor panggil ni biskut 'taik sinchan' hahaha lucu lah budak-budak ni.
Masalah dia tu yang gula tu yang selama ni Ennor tercari-cari cara membuatnya.
Cari punya cari punya searching ... Ennor pun jumpa....
Haaaaaaa..... Akhirnya....
Ennor jumpa dalam satu blog Indon... Catatan Belajar masak...
Macam-macam resepi ada sana.
Mari Ennor kongsi sikit apa yang dia tulis.
Gula yang berwarna-warni tu kena panggil 'Royal Icing'
Ennor pun tidak tau kenapa dia kena panggil begitu, mungkin zaman diraja dulu-dulu gula warna-warni ni cuma boleh didapati di istana saja kali. Entah mungkinlah.
oke ni Resepi dia.
Bahan Royal Icing. (untuk beginner macam saya)
1 biji putih telur bersuhu dingin
250 gm gula icing
1 sudu makan air lemon
pewarna makanan (pilihan sendiri)
Cara membuatnya pula ada dua cara.
1. Campurkan semua bahan dengan menggunakan mixer. Sampai sebati.
Langkah ini akan menghasilkan royal icing yang bersifat keras dan tidak mudah patah.
Selalunya di buat hiasan seperti bunga atau perhiasan lain.
Gula hiasan yang keras la bha tu.
2.Pukul putih telur dengan mixer sehingga kembang. Masukkan air lemon
kemudian campurkan gula icing sedikit demi sedikit sambil di pukul sehinggalah
kepada kepekatan yang kita mahu.
Langkah ini pula akan menghasilkan royal icing yang lebih rapuh,
selalunya untuk hiasan diatas biskut dan hiasan nipis untuk kek.
Selepas gula icing tadi dipukul kita boleh bahagi-bahagikan dia untuk di campur dengan pewarna makanan.
Macam senang kan?
Kalau senang boleh lah buat hiasan tambahan sama biskut raya atau kek...
Oh ya jangan biarkan royal icing tadi terdedah dengan udara sebab dia akan cepat mengeras.
Paling bagus lepas pukul terus buat atau simpan di dalam bekas kedap udara.
Oke tips tambahan...
Lagi banyak gula icing yang di masukkan kedalam pukulan telur tadi lagi keraslah royal icing kita.
Yeaah dapat satu lagi.... resepi misteri yang Ennor tercari-cari selama ni...
Mana-mana biskut tunjuk yang rasa nda meriah tu... boleh lah dikasi meriah guna royal icing...
Terima kasih kepada orang yang kongsi resepi ni...
Terima kasih kepada pembaca semua...
<3 Wasalam <3
Pesan EpZ : Dulu tidak tahu... sekarang tahu... jadi Ennor pun kongsi la...