Thursday, August 25, 2011
15 tahun yang lalu....
Monday, August 22, 2011
10 Jenaka Pendek yang bikin ketawa...
Jururawat: Tulis surat untuk siapa tu pakcik?
Pesakit: Aku tulis surat untuk diri aku sendiri
Jururawat: Oh, apa yang pakcik tulis?
Pesakit: Mana aku tau? Esok posman hantar, barulah aku boleh baca...
pun mengangkatnya. Ia mendengar suara isterinya Mak Andeh memperingatinya supaya berhati-hati, "Pak
Pandir, saya baru saja dengar di radio, ada sebuah kereta yang bergerak bertentangan arah di lebuhraya. Tolong
berhati-hati!". "Gila!!!," ...kata Pak Pandir, "Bukan satu, tapi beratus ratus!"..
Asari melihat rakannya, Ajoi sedang membuat kopi. Kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya.
Dengan kehairanan Asari bertanya kepada Ajoi…
Asari: "Kenapa ko masukkan panadol dalam kopi tu?"
Ajoi: "Kopi ni panas… bagi panadol kurang sikit panas dia…"
4.Guru Dan Murid
Guru : Budin, di mana letak Australia ?
Budin : Di sini, cikgu! ( sambil menunjuk peta )
Guru : Bagus! Sekarang Abu, siapa yang menemukan Australia?
Abu : Budin, Cikgu!
Teacher: What are some products of the West Indies?
Student: I don't know.
Teacher: Of course, you do. Where do you get sugar from?
Student: We borrow it from our neighbor.
Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami.
Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Suami : Kenapa?
Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami : Nak mampus… Mana abang kenal isteri dia?"
Seorang perompak yang baru merompak sebuah bank terserempak dengan pihak polis.
Polis: Jangan bergerak!!! !
Perompak: ok...ok...
Polis: Angkat tangan!!!!!
Perompak: Kan tak boleh bergerak..macam mana nak angkat tangan?
Polis: @#$%&!*(bengang)
Seorang posmen yang datang menghantar surat... ''Assalamualaikum..''
Sameon : ''Waalaikumsalam..''
Posmen : ''Ni rumah En Sameon ye?''
Sameon : ''Ya, saya..''
Posmen : ''Pening kepala saya cari alamat rumah encik ni''
Sameon : ''Laa..buat susah-susah je encik ni..apasal tak pos je?'
Cikgu : Abu! Lukisan apa yang kau buat nie..? Kosong jer.
Abu : Kuda makan rumput, cikgu.
Cikgu : Mana rumputnya?
Abu : Kuda dah abis makan, cikgu.
Cikgu : Mana kudanya?
Abu : Kuda dah kenyang. Dia dah balik kandang...
Pemberita: "..wah! suburnya kubis pak cik. Apa pandangan pak cik tentang penanaman sayur ini?"
Si Gaman: " pandangan saya kurang tarangla, maalumlah suda tua".
Pemberita: " tidak pak cik, saya cuma nak tanya pendapat pak cik tentang sayur pak cik ini.."
Si Gaman: " pendapatan saya ada banyak sikitlah maalumla sayur ini laku ."
Pemberita: "begini pak cik.., saya ingin tau perasaan pak cik kerana pak cik telah berjaya dalam penanaman
sayur ini."
Si Gaman: " perasaan saya tidak berapa baik maalumla saya sakit-sakit"
Pemberita: ???
Friday, August 19, 2011
HAPIEEE BIrthday.....To Ana. (15/8/2011)
Sebenarnya hari jadi Ana/ Siti Suhana adalah pada 15/ogos 2011.. tapi oleh kerana tak sempat order kek..kami pun order dan ambil pada 17 Ogos. apa lagi c Ana ni..punya la happy..dia nampak saja kotak warna pink. "yeaaaaaa ada kek!!" bila kami buka tambah la dia excited nampak buah strawberry,epal hijau dan merah serta anguur kena susun rapi di sudut kek tu..."Naaaa ada princess.." bila dia nampak gambar Barbie kat atas kek tu..
hehehe kami pun celebrate bila saja saya cakap 'ini kek ari jadi Hana..' kakak dan abang dia trus wish 'selamat ari jadi ana....' kami nyanyi lagu hepi birthday... hahaha gambar dia tiup lilin tu ada bunyi 'fuuuhhhh'..
Memang la budak2 happy sangat kalau kita beli kek..yang ini Choclate moist cake kami order kat pakcik husband saya yang ada buka kedai kek di Pekan Tuaran. nama kedai dia Fortune Cake House..kedai dia kecik ja..tapi kek dia semua mervellous! pengalaman sebagai seorang chef pastry dan pernah bekerja di Kapal Star Cruise..selama beberapa tahun. hehehe (sempat lagi promosi)
Lepas celebrate..kami kami jer...tak sempat nak panggil orang lain..sorry arr..tak sempat jemput..tak sempat masak... apa lagi si Hana ni sampai ke hari besok dia cakap "Tadi Ayah beli kek Ana kan?' salah satu spesel si Hana ni..dia tidak pernah sebut perkataan 'aku' atau 'saya' dia akan sebut 'Ana' nama dia sendiri hihihi ye lah dalam bahasa Arab pun 'ana' tu maksudnya saya juga kan? heheheh
ermm oke la saya rasa sampai sini dulu cerita ni..lain kali ada masa..saya akan update blog lagi..yeerrr..chauuu..
Pesanan EPZ: Anak2 cukup happy sambut birthday walaupun tiada hadiah..yang penting ada kek? macam mana dengan you all?
Tuesday, August 16, 2011
Anak2 ku
Friday, August 12, 2011
HAHahaha just imagine kalau kamu....
Thursday, August 11, 2011
IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI TAHUN 2011
Wednesday, August 10, 2011
THE BEST DRUNK STORY OF THE MONTH
At this point the biker stands up, takes the drunk by the shoulders, looks him square in the eyes and says......................
'Dad,...... Go home! You're drunk.
Tuesday, August 09, 2011
Saja mo kasik ilang boring :D
Monday, August 08, 2011
PETIKAN UTUSAN MALAYSIA:Kemudahan rawatan jantung di Sabah setaraf IJN
Kemudahan rawatan jantung di Sabah setaraf IJN
KOTA KINABALU 7 Ogos - Sabah bakal memiliki fasiliti perkhidmatan rawatan jantung yang lengkap dan canggih menjelang akhir bulan ini selepas kerja menaik taraf Hospital Queen Elizabeth (HQE) 2 di sini siap sepenuhnya.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, projek menaiktaraf bernilai RM76 juta itu menyaksikan HQE turut dilengkapi makmal rawatan jantung canggih, Cardiac Catheterisation (CATH Lab) yang bernilai RM5 juta.
"Peralatan yang ada di sini adalah setanding dengan Institut Jantung Negara (IJN) dan CATH Lab adalah sama dengan CATH Lab IJN menjadikannya setaraf dengan IJN.
"Jadi saya harap dengan adanya satu hospital baru ini maka rakyat Sabah akan menikmati perkhidmatan rawatan sakit jantung yang lebih sempurna," katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja ke HQE 2 di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Kesihatan negeri, Yusof Ibrahim dan Timbalan Pengarah HQE 2, Dr. Francis Paul.
Menurut Tiong Lai, HQE 2 sebenarnya telah menunjukkan pencapaian membanggakan apabila berjaya melakukan pembedahan jantung pada April lalu.
Justeru katanya, kewujudan CATH Lab dan pelbagai kelengkapan perubatan terkini pastinya memberi impak yang besar dalam rawatan jantung di negeri ini.
"Malah sempena lawatan ini saya memberi tambahan peruntukan RM3 juta kepada perkhidmatan jantung untuk menjalankan operasi dan sebagainya," katanya.
Dalam pada itu beliau berkata, projek menaiktaraf HQE 2 yang bermula April tahun lalu menyaksikan pertambahan sebanyak 384 katil baru di hospital tersebut berbanding 130 sebelum ini.
Selain itu katanya, projek berkenaan turut melibatkan pembinaan 12 bilik bedah, tempat letak kereta dan lif.
Sementara itu, beliau menyasarkan sebanyak 2,459 katil disediakan di empat hospital kerajaan di Kota Kinabalu menjelang 2013.
"Pada 2009 bilangan katil keseluruhan di Kota Kinabalu ialah 1,143 tetapi 2011 kita ada 1,527 katil dan apabila Menara Berkembar HQE 1 siap 2013 kita ada tambahan lagi 661 menjadikan 2,459 katil keseluruhan di Kota Kinabalu," ujarnya.
(TAHNIAH! kepada warga kerja Kardiologi dan Kardiotorasik di atas usaha diorang ni.. terutama sekali Dr. Liew Houng Bang yang bertungkus lumus berusaha untuk membina Pusat Jantung Sabah atau Sabah Heart Centre. Segala tunjuk ajar warga Kardiologi selama lima tahun saya bertugas di Klinik Kardiologi amat saya hargai ke prihatinan, kerjasama bersatu padu (biarpun berlainan kaum dan agama) membuat saya terharu dan bangga. ^.^*)