Wednesday, December 12, 2012

Cerita Zaman Kegemilangan Mamut Copper Mine (lagi)

Bila memerhatikan bukit...saya teringat di zaman kegemilangan Mamut Copper Mine atau lebih dikenali dengan nama MCM...ia adalah sebuah lombong tembaga terbuka dan terbesar di Asia tenggara. Tapi,bukan pasal lombong ini yang saya mau cerita...ianya pasal kawasan perumahan pekerja lombong nih. Penempatan Perumahan pekerja Mamut ini terletak lebih kurang 30 minit perjalanan dari pekan Ranau dan juga lebih kurang 30 minit juga dari Lombong tembaga ini.. bererti ianya terletak di tengah2 antara Pekan ranau dan Lombong tembaga mamut. Oleh Kerana lombong ini terletak berhampiran Gunung Kinabalu jadi bentuk muka buminya adalah berbukit....

Perumahan ini dikenali sebagai Kampung Kesiladan sebenarnya ia adalah tanah kampung yang disewa oleh syarikat perlombongan ini..ermm sori la yer saya tak ingat nama syarikat itu...tapi tak pa...saya sebenarnya nak menceritakan pengalaman2 pahit manis saya semasa saya membesar di Kampung Kesiladan atau penduduk sekeliling Pekan Ranau itu lebih mengenalinya dengan nama Batu Dua...ermm saya pun tak tahu kenapa di namakan Batu Dua? tak pa nanti saya tanya abah saya tentang itu...

Salah satu pengalaman yang saya sangat suka semasa di sana adalah sikap penduduknya yang suka tolong menolong antara satu dengan yang lain... gotong royong biasanya diadakan setiap kali ada perayaan di balai raya.contohnya menyambut tahun baru, Hari Pekerja yang disambut sekali dengan hari MCM,hari kaamatan, ulang tahun hari kemerdekaan dan macam2 lagi lah... pekerja dan semua ahli keluarga akan berkumpul di balairaya dan mengadakan gotong royong. lembu atau kerbau akan tumbang di sembelih oleh pekerja2 muslim, para ibu akan memasak...dan yang selebihnya akan menghias balairaya dan pentasnya...bak kata pepatah melayu 'ringan sama di jinjing, berat sama dipikul' para remaja dan kanak2 yang 'ringan tulang' pula tolong masukkan makanan di dalam 'tapau' polysterin....hehehe kalau di kenangkan kembali memang buat saya tersenyum sendirian. biasanya  acara pentas akan diadakan pada waktu malam...macam2 acara... paling 'fames' pertandingan menyanyi...time tu belum ada lagi ini karaoke masih guna 'live band' memang 'happening' la. 'time' ni jugala saya dan kawan2 saya yang masa tu masih budak2 akan melihat 'couple'2 yang tengah hangat bercinta akan bertemu muka...saya? alah... masa tu saya masih budak2 masih malu2 walaupun dalam hati masa tu..dah ada yang saya berkenan..Hohoho janganla cerita pasal tu kenen...
 
 

 
Haaa kalau bulan lima (Mei) pula.... kamu semua taukan apa 'event' yang ada di Sabah...eh! tentula Pesta Kaamatan...yang jatuh pada 30 dan 31 Mei setiap tahun....time ini lah yang paaaling meriah...di balairaya akan diadakan pelbagai acara...unduk ngadau dan pertandingan menyanyi memang wajib lah! tapi ada satukali ni acara paling di sukai ramai..iaitu pertandingan minum tapai....daaan mestilah para bapa2 yang biasa minum yang akan menyertainya...durang akan disediakan sebotol air tapai dalam 1.5liter ...durang minum tapai tu...bila tinggal separuh durang akan memakan sebiji telur rebus tapi telur rebus ni durang kena buka kulit dulu baru makan. habis makan telur sambung balik minum tapai yang separuh botol tadi tu sampai habis...sepa yang duluan habis ..di kira pemenangnya...dan malam tu saya ingat peserta caucasian yang menag hahha lucu juga la time tu...habis ja dia minum dia teriak "Haaaaa!!!!" sambil buang botol tu kebawah pentas...kamiurang budak2 yang dok bediri  tengok dibawah tu ketawa tengok muka pemenang tu merah padam hahhah mabuk kali dia tu tau...yang beberapa budak lelaki yang ada didepan pentas sikit lagi tekena tu botol mineral yang kena buang oleh caucasian tadi tu.... hahahha lawak pula bila sya ingat balik...

well ... rasanya ni saja la untuk hari ni .... kalau ada lagi yang sya teingat ingat time sya kecil2 dulu...sya akan post balik di sini...oke all Adios Amigos...!! Chau sin cheee ^_^*

Monday, October 15, 2012

IKLAN JAWATAN PEMANDU KENDERAAN

IKLAN JAWATAN KOSONG
 (PEMANDU KENDERAAN)

KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu 55100 Kuala Lumpur.
Tel : 03 9285 6110, 9285 0281 Fax : 03 9285 9457


IKLAN JAWATAN KOSONG

1.       Warganegara Malaysia terutamanya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau yang berdekatan dengannya yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa memohon untuk mengisi kekosongan jawatan di Ibu Pejabat CUEPACS sepertimana yang dinyatakan dibawah ini

2.       JAWATAN                                          :              PEMANDU  KENDERAAN
3.       GRED                                                    :           R3 / R6
4.       KLASIFIKASI PERKHIDMATAN     :            MAHIR / SEPARUH MAHIR / TIDAK MAHIR
5.       KUMPULAN PERKHIDMATAN     :              PELAKSANA  ( SOKONGAN )
6.       TARAF JAWATAN                            :              TETAP
7.       JADUAL  GAJI  ( JGMM )              :               P1  -  RM792.60  -             RM1610.99
                                                                          P2  -  RM840.80  -             RM1688.45
                                                                          P3  -  RM890.43  -             RM1767.76
8.       KELAYAKAN   :
(a)    i.      Tamat Darjah Enam  ( 6 ) Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan.

ii.     Memiliki Lesen Memandu Kelas  D / E / E1 / E2 /G / H / I berkenaan
 Yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan  ( JPJ ),
  Kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan  ( P ).
               iii.        Berkebolehan memandu,mengendali dan menyelenggara
                          kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
                                ( Gaji permulaan ialah pada  :  Gred  R3  )
                                Lesen D                               -              P1T3
                                Lesen  E / E1 / E2              -              P1T4
                                Lesen  F / H                         -              P1T5
                                Lesen  G /I                          -              P1T6
               
(b)   Berkebolehan bertutur  , membaca dan menulis dalam bahasa malaysia
dengan baik.
9.            UMUR
Calon bagi lantikan hendaklah berumur
a) Tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup.
b) Tidak lebih dari 45 tahun pada tarikh lantikan.

10.          BORANG PERMOHONAN
Permohonan hendaklah menggunakan Borang CUEPACS yang boleh didapati di Ibu Pejabat CUEPACS,Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew Pudu 55100 Kuala Lumpur.

11.          ALAMAT PERMOHONAN
Borang permohonan yang telah lengkap dipenuhi hendaklah dikembalikan kepada :-
Setiausaha Agung
KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu 55100 Kuala Lumpur.

12.          TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Borang Permohonan yang telah lengkap dipenuhi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas sebelum atau pada 20 Oktober2012. Permohonan yang diterima selepas dari tarikh tutup iklan tidak akan diberi pertimbangan.

13.          DOKUMEN SOKONGAN
Semua dokumen sokongan yang dilampirkan hendaklah disahkan salinannya. Salinan Asal dokumen sokongan hanya perlu dibawa semasa menghadiri temuduga sahaja.

Thursday, October 04, 2012

RESEPI ROTI KISMIS (paling simple cara Ennor)

assalamualaikum.....

heheheh macam lama suda sya nda post cerita simpangsiur baru ni kan?hahahha 

oke kali ni saya post resepi la kunun ni...ni pun atas permintaan kawan2 di FB..sya ada buat roti kismis so sya pun upload gambar di FB tau2 kawan2 di FB minta resepi la pulak....
Jadi untuk nda menghampa kan kawan2 sya tu sya tunaikan permintaan diorang....


Bahan-bahan:
1 cawan air suam (suam kuku)
3 sudu besar minyak makan

1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
1 biji telur 
1 kilo tepung gandum (biasanya tak habis di gunakan)
1 1/2 sudu kecil yis kering segera
100 g kismis campuran (dried mixed fruits)

2 cawan air

Cara membuat:
1.       Rendam yis kering kedalam air suam tadi air biar suam kuku jangan telalu panas dan jangan terlalu lama nanti yis akan 'mati' dan tepung nda kembang.
2.       Dalam mangkuk pengadun, masukkan air,minyak makan, garam,gula dan yis yang direndam tadi. Gaul sampai sebati. Bila sudah sebati masukkan tepung sedikit dulu kemudian masukkan telur, pukul sebati sambil tambah tepung perlahan-lahan.
3.       Sambil mengadun tu (saya guna manual ja maksud saya guna tangan, memang messy sikit tapi disini kita dapat tahu segebu mana adunan ni) tambah kismis tadi dan tepung sedikit demi sedikit. Sehingga tepung tidak melekat di tangan tapi tidak terlalu keras.
4.       Adunan tepung tadi tu biar tidak melekat di tangan kalau masih melekat tambah lagi tepung. Biarkan kembang dalam setengah jam. Bila sudah kembang jangan lupa kita tumbuk2 doh tadi buang angin. Pastu kembangkan balik dalam setengah jam.
5.       Jangan terlalu lama kembang, lepas setengah jam, bolehlah masak dalam oven 180ºc selama 15-20 minit. Sampai warna keperangan, ada bau roti tu..yang buatkan anak2 sedang tengok tv pun boleh datang kedapur tengok apa mak masak..heheheh


oke selamat mencuba dan semoga berjaya....

Pesan EPZ: (Tips) setiap kali nak buat kuih seperti Bun, Pau, donut (kuih gelang),piang/cempiang..biarkan ia kembang sebelum di masak (lepas bentuk atau isi intinya) baru la dia lembut..  

Wednesday, September 26, 2012

Canon PhotoMarathon Malaysia 2012 is here!

Assalamualaikum.....

Hai apa kabar semua!!!

Nah sepa yang ada Kamera Canon? Meh semua meh semua kita pigi jenjalan ambik gambar.......Klik! Klik!

Di bawah ni flyers dia..... kita jumpa di sana!!!!!

Email not displaying correctly? View it in your browser.


  SEPTEMBER 2012

cpm2012 prizes.jpg

CANON PHOTOMARATHON MALAYSIA 2012

The region's largest photo competition returns to Malaysia with two unforgettable expense-paid tickets to Hungary* up for grabs. Join thousands in the unique photo competition that challenges participants to create photographic masterpieces in line with assigned themes - under time pressure.

datetime.jpg

Online Registration before 30 Sept 2012 : RM 30 (non-member) | RM 25 (member)
Walk-in Registration on event day : RM 35 (member & non-member)

**Non-member - Partcipants who are NOT holding any membership of EOSWORLD.CANON. COM.MY, EBC, or CPS as at 30 September 2012. 
**Member - Participants who are holding the membership of  EOSWORLD.CANON.COM.MY, EBC, or CPS as at 30 September 2012.
**Membership refers to approved applications and exclude applications which are under processing. 
**All collected fees will be donated to the Malaysian Association for the Blind (MAB).


More info of Canon Photomarathon Malaysia 2012. 
 

partners04.jpg

Canon Marketing (M) Sdn. Bhd.
Block D, Peremba Square, Shah Alam
T: 03 7844 6000
E: digitaleos_cmm@cmm.canon.com.my
  You're receiving this newsletter because you've subscribed it at eosworld or when entering one of our contests.
Unsubscribe me from this list
Connect with us: Facebook Twitter Youtube




Tuesday, September 18, 2012

CUEPACS HARAP KERAJAAN BERI BONUS TERBAIK KEPADA PENJAWAT AWAM

Bernama
10/9/2012

KOTA BAHARU, 9 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan memberi bonus yang terbaik kepada anggota perkhidmatan awam pada Bajet 2013 yang akan dibentangkan di Parlimen 28 Sept ini.

Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman berkata sebelum ini CUEPACS memohon kerajaan memberi bonus dua bulan gaji kepada 1.4 juta penjawat awam dan pihaknya percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertimbangkan perkara tersebut berdasarkan kemampuan kerajaan.

"Dalam sejarah, kita tidak pernah dapat dua bulan bonus. Bonus terbaik yang pernah diberi kerajaan kepada anggota perkhidmatan awam ialan bonus sebulan gaji iaitu pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri," katanya kepada pemberita pada Majlis Bersama Pembantu Pertanian Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di sini Ahad.

Omar berkata penjawat awam wajar memperoleh bonus terbaik memandangkan transformasi yang dilakukan di jabatan dan agensi kerajaan yang melonjakkan prestasi dan kecekapan mereka melaksanakan tanggungjawab.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan mencadangkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) supaya memberi nama baru kepada jawatan yang berkaitan dengan pembantu seperti pembantu pertanian, pembantu pegawai tadbir dan pembantu juruteknik.

-- BERNAMA

Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012

Assalamualaikum....
Lama nda masuk di sini kan?...agak sibuk juga la...alaaa biasala mengurus anak2  yg 5 orang tue...adik nak kawin lagi...haaaa macam2 hal la..

oke hari ni saya Post satu iklan raya dari Youtube.com...sya rasalakan..iklan ni persendirian punya iklan...

so, pengajaran dari iklan ni...SEPA SURUH LAMA NDA BALIK KAMPUNG>>>HAAA kan tersesat...hehehe

anyway kepada pelawat semua saya dan keluarga ingin mengucapkan..... Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012..semoga tahun ni kita dapat bermaaf-maafan....

Jumpa lagi..errr lepas raya kot...InsyaAllah....

Pesan EPZ: wahai anak2 perantau...tidak semestinya time perayaan saja kita boleh balik kampung untuk jumpa keluarga dan sanak saudara...hari2 lain pun boleh ..pastu bila dah ada di kampung tu buatla kenduri2 supaya sanak saudara dapat bertandang kerumah dan berkenalan dengan keluarga kita... ^_^.

Friday, July 13, 2012

tips penjagaan mata (salah satunya)

Tips penjagaan mata (drpada Pakar Ophtalmologist HQE 1 Kota Kinabalu.

Setiap tahun Klinik Mata (Opthalmology Clinic) Hosp.Queen Elizabeth 1 akan mengadakan pemeriksaan mata kepada seluruh warga kerja hospital.

sya pun nda mau juga ketinggalan bha..pigi cek mata sebab sya ada sejarah kena 'mengurat' oleh cobra...hehe kalau bukan tindakan pantas mama sya mungkin sekarang ni sya nda ber facebook dan berinternet...saana sya mungkin pusat kebajikan orang2 buta Tuaran. eee palis palis...
Oke back to square 1. sya pigi di klinik mata mo minta cek mata..mata sya oke nda rabun... tapi masalah mata sya ni pandai berair nda tentu masa... kalau bilang kering...nda juga, tapi nda tau lah..jadi ni opthalmologis ni pun bagi petua...dia cakap sebab mata sya jadi begitu...ada selaput lemak yang menutup liang air mata di mata sya ni...so durang kasi tau sya...buat mcm ni..

1. ambik air suam
2. ambik kapas 
3. jan lupa cuci tangan
4. rendamkan kapas dlm air suam pastu perrah kapas tadi kemudian lap di bahagian bawah kelopak mata kita...

buat setiap malam sebelum tidur dan bangun pagi... InsyaAllah mata kita akan merasa segar dan sihat...

Pesan EPZ: alaa bukan susah pun..air suam sama kapas ja pun..
sya setakat ni syukurla ada rasa selesa la ni mata, nda lagi sya rasa mcm melekit/pered di kelopak mata sya ni... 
Cuba la kamurang...bukan muka sama kulit ja mo jaga tau..mata pun sama penting juga.

kOkIa_ sO mUCh lOve fOR yOu


Ah ~ onaji sora wo miagete mo daisuki na anata to nara
Nani wo mitatte doko ni itatte nan demo shiawase ni kanjireru

Fushigi na sonzai ne anata no koto yo isshoni iru dakede PURASU shikou
Tashikani RIZUMU kizanderu kono mune no oku anata wo motome taka natteru
I feel you !

Aishite yama nai anata wo watashi no subete de dakishime
Kanjite hoshii kokoro no koe sunao na kimochi wo
so much love for you how about you?
Aishite yama nai anata wo watashi no subete de dakishimete itai no

so much love for you how about you?
so much love for you how about you?

Ikutsu mo aru ai no uta wo ima anata to
Aishite yama nai anata wo watashi no subete de dakishime
Kanjite hashii kokoro no koe sunao na kimochi wo

Ah ~ donna kotoba wo narabete mo arawase nai I no fukasa
Katachi mo iro mo ookisa datte HAATO hitotsu ja arawase nai

Suki na riyuu nante shinu hodo aruwa himashi ni fue teku ai no aitemu
Kiduitara kono me de anata wo otteta mou osoi ! anata ni muchuu yo
I feel you !

Aishite yama nai anata wo watashi no subete de dakishime
Kanjite hoshii kokoro no koe sunao na kimochi wo
so much love for you how about you ?
Aishite yama nai anata wo watashi no subete de dakishimeteitai no

Anata ni deaete watashi shiawase kono shunkan mo I feel you!

Aishite yama nai anata wo watashi no subete de dakishime
Kanjite hoshii kokoro no koe sunao na kimochi wo
so much love for you how about you ?
Aishite yama nai anata wo watashi no subete de dakishimeteitai no

so much love for you how about you ?
so much love for you how about you ?

Ikutsu moaru ai no uta wo ima anata to
Aishite yama nai anata wo watashi no subete de dakishime
Kanjite hoshii kokoro no koe sunao na kimochi wo

Tuesday, July 10, 2012

Cerita Nonon kena sakit jantung.

Salam Semua...hari tu sya janji nak cerita kan pasal Nurul @ Nonon masuk ICU sebab sakit kan?

Cerita dia macam ni...
time Nonon kecik2 dia ni suka melukis, sampai hari ni dia suka melukis...kalau sudah dia mula melukis tu nda dia mau berenti selagi lukisan dia nda siap... sampai lupa makan. Bayangkan bha waktu umur dia 2 atau 3 tahun tu, dia kena diagnos oleh MA (medical Assistant sekarang kena panggil Assistant Medical Officer) gastrik..budak umur 2/3 tahun ada gastrik? saya pun tidak tau la tapi itu la hakikatnya...

Masa umur Nurul 5 tahun (Tabika 2009) dia sekolah. dalam bulan Julai atau Ogos tu dia mulai demam2 on off on off... saya dan keluarga bawa dia ke Hospital dalam seminggu tu ada la 2-3 kali kami bawa dia ke hospital Jabatan Pesakit luar dan kecemasan... kemudian satu hari tu mentua saya bawa dia ke hospital besar di bandar...kebetulan saya kerja sebagai kerani di hospital tu... jumpa doktor di kecemasan... doktor tu cakap ada jangkitan dalam telinga...Nurul kena bagi makan antibiotik...

Minggu kedua... saya perhati Nurul.. keadaan dia cepat letih selepas beberapa minit belari bermain dengan kakak adik dan kawan2 dia di luar...kemudian dia akan masuk bilik... "Ibu penat aku rasa, aku mau tidur.." dia cakap, saya tanpa rasa ragu saya pun suruh dia berehat...Malam tu dia kata dia tidak dapat tidur sebab rasa sesak nafas..saya pun tambah bantal dia tidur supaya dia lebih selesa..dalam hati saya suda rasa ragu tentang dia ada masalah jantung. Atas pengalaman saya bekerja di sbagai kerani di Klinik Pakar Kardiologi. Bila saya perhati dada dia, degupan jantungnya macam laju betul... saya pun SMS kat Hj Zubir pegawai Y/M Klinik Kardiologi.. "Salam Hj, Kalau heartbeat budak umur 5 tahun berapa aa persecond?" Hj tu jawab "wasalam, dalam 120 gitu" tapi saya rasa degupan jantung Nurul melebihi...oleh kerana husband saya kerja malam dan baru juga jalan pegi kerja saya pun mengadu kat Mak mentua saya..apa lagi mak pun tekejut... dia suruh pak mentua bawa kami ke hospital terdekat...sementara dia tolong jaga anak saya yg lain... masa tu anak saya sudah 4 orang...saya call husband suruh datang hospital.

Sampai di Hospital MA tu diagnos Nurul ada asthma....Nurul kena pom... lepas Pom dia cakap jantung dia memang laju lepas kena Pom.. dalam hati saya memang pun jantung dia laju tu sebab saya bawa sini...tapi sya pun nda tau kenapa mulut saya terkunci masa tu... bayangkan la takkan diorang nda query anak saya balik2 datang sana dalam minggu tu saja. Doktor pun ada sana, tapi dia tengok dari jauh saja panas hati husband saya... tapi kami sabar saja tunggu keputusan dulu..kami pun pulang rumah...

Minggu ketiga, kebetulan saya ada minta appointment dekat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak untuk refer mata Nurul yang kecik sebelah tu.. Kawan2 saya di Klinik cakap Ptosis...tu sebab dia saya nak minta cadangan Doktor kat klink tu sama ada perlu atau tidak buat pembedahan... Bila dah jumpa doktor, saya tidak lupa menceritakan sejarah kesihatan Nurul dalam dua minggu tu... Doktor yang berpengalam di Wad Kanak2 ni trus meletakkan prob stetoskop dia di dada Nurul...doktor tengok saya
Doktor: mama staff hospital kan?
saya: iya doktor saya kerani di Klinik Kardiak (Kardiologi)
Doktor: Jadi mama tau la apa itu Murmur?
Saya: (tekejut hati saya, perkara yang saya sangsi selama ini adalah benar. Saya mengangguk)
Doktor: Mama bawa anak pegi Lab ambik darah saya akan telefon Hospital Likas (Hospital Wanita dan Kanak2 Sabah), anak Mama akan masuk ICU ni..itu mata boleh cek kemudian yang penting jantung anak kena rawat dulu...
Saya pun ikut saja arahan doktor..kemudian telefon Hj Zubir bagitau keadaan anak saya yang perlu admit ICU dan perlu mengambil cuti...HJ cakap jaga anak baik baik... terharu saya denga layanan kawan2 dan atasan kat Klinik tu. Nurul pun Admit ICU Hospital Likas.

Nanti saya akan sambung cerita Nurul di wad.

Pesan EPZ: Jangan sambil lewa dengan setiap perubahan perangai atau tingkah laku anak. Masih terngiang-ngiang dan terbayang-bayang setiap ayat dan peristiwa yang berlaku pada tahun 2009 tu.

Friday, July 06, 2012

Gelagat Nurul @ Nonon Bila depan Lensa Kamera

Salam semua hari ini terfikir pula nak upload gambar2... anak saya nama Nurul...
 Tapi kebanyakan gambar ni gambar sewaktu dia masih sihat...masih tembam..dia paling suka pakai make up...gambar ni pun adik ipar saya yang ambil...dia pakaikan Nurul make up pastu snap gambar2 nurul ngan gelagat2 dia..heheheh suka saya tengok..ada banyak gambar tu...tapi yang lain tu biarla jadi simpanan peribadi kamiurang...








Gambar ni di ambil semasa raya tahun berapa ek? alaaa saya lupa hahah tu yang baju hijau si Nonon sebelah tu Kakak dia Nama Ira.


haaa yang ini time diorang kecik2 lagi belum sekolah lagi...dalam umur2/3 tahun, Nurul (baju Biru) dan Ira (baju putih)

Yang ini pula gambar di beranda rumah mak saya.. Nonon yang pegang kepala tu. Apa yang dia terhantuk tu..saya lupa daaa heheheh

Nurul di sahkan Doktor mengidap penyakit jantung di panggil CRHD (Chronic Rheumatic Heart Disease) yang menyebabkan 3 daripada 4 injap jantungnya rosak.

Pesan EPZ: post akan datang saya upload gambar2 dia semasa di ICU... 

Thursday, July 05, 2012

Hana Yang Comel ^__^

Salam semua... dah makan ka?

Saya? haaa ni tunggu Mc D delivery la ni... kamiorang order taaaaaaadi lagi jam 12.20tengahari..skarang ni...tik tok tik tok dah dekat jam 2 sepuluh miniiiiit lagi jam dua.. tuuu kawan2 saya yang dua orang meraung raung suda kelaparan.... hahaha Sabar ging sabar.... kesian perut kitorang... alamat makan jam dua la ni heheheheh

oke sambil2 tunggu Mc D tu sampai saya pun update blog sya yang lama suda nda kena jenguk ni konon....



oke gambar ni... adik ipar ku yang edit...cantik sangat gambar ni gambar anak saya yang no 4. Hana nama manja dia... sedap suara dia kalau menyanyi... lebih2 lagu Ombak Rindu... hehehe sekarang umur dai akan genap 4 tahun pada 15 Ogos nanti... adik ipar saya ni @Fieza Fiza sedang ambil course perguruan di K.L.. sya pun nda tau apa nama tempat tu tapi yang saya tau dia amik course Pendidikan Seni Visual...

Dia la yang edit gambar ni...cantik kan? yang ini gambar Hana terbaru...




Haaaa tu pun makanan kami sampai...apa punya servis la begini..nah time kerja sambil makan...peduli apa kami! lapar bha!!
Sun