Friday, May 27, 2016

Mamut Copper Mine - Viral palsu di laman sosial

<3 Assalamualaikum <3

Hai Salam Jumaat.

Satu viral tentang pelancongan ke bekas lombong tembaga Mamut telah tersebar luas melalui laman sosial Facebook dan juga whatsapp. Ennor cuma dapat di group Kg Kesiladan Batu Dua Mamut Ranau saja, dan kami meneruskan perdebatan kami dalam whatsapp.

 Yang ini package ATV ride yang ada di Kompleks Sukan Ranau. Menurut sumber yang juga kawan-kawan yang berada di kawasan Ranau. ATV ride tu memang ada tapi tidak pergi ke bekas tapak lombong tu. Bahaya bha sana...kalau temasuk dalam lombong yang penuh air tu... nda kah naya.



Ini pula tentang package untuk melawat tapak tersebut. Uih! ada bayaran? setahu saya tempat ni bukan tempat pelancongan. Boleh pula diorang ambil kesempatan untuk mengaut keuntungan! *marah ni marah ni*
Kami yang bekas penduduk dan pekerja di Mamut tu pun tidak buat macam tu! Entah siapalah orang-orang yang tidak bertanggungjawab buat benda ni. mo kana pasut ni tau!

Dalam sibuk kami berbincang tetang perkara ni. Saya terima emel pasal cerita Lombong Tembaga Mamut dari Daily Express online pasal viral ni. 

Wednesday, May 25, 2016

Mamut Copper Mine - A day at the pit.

<3 Assalamualaikum <3

Selamat hari rabu...

Oke hari ni kita sambung sejarah Lombong Tembaga Mamut a.k.a Mamut Copper Mine.

Masa MCM tu masih di ambang kegemilangan, Ennor dan kawan-kawan pernah kerja di sana selepas habis SPM tahun 1997. Pihak kompeni mengambil anak-anak pekerja sebagai pekerja sambilan di sana.Atas dasar kesedaran kepada komuniti. Iya la daripada melepak tidak tentu pasal kan? LEbih bagus pi kerja sambil menimba ilmu dan juga mendedahkan kami kepada dunia pekerjaan. Ramai juga di kalangan kami yang mengambil kesempatan dalam kelonggaran tu.
Gaji sehari tidaklah seberapa bolehlah untuk belanja harian.

Disana kami di benarkan bekerja sambilan dalam pelbagai deparment terutama mechanical / machinery dan juga environment. Ennor dan kawan-kawan yang perempuan kebanyakannya ditugaskan di Environmet Department. Ada yang dihantar ke bahagian penanaman bunga / sayur tapi Ennor dan beberapa rakan baik ennor yang juga rakan dari kecil bekerja di bahagian penghijauan kawasan. Which mean (aishehmen cakap english konon) kami ditugaskan untuk membenihkan rumput di dump site. Tanah yang dikorek dari lombong akan di timbunkan ke kawasan lain dan jadi kerja kami menyemai benih rumput di sana.

Oke sebenarnya Ennor bukan nak cerita pasal ini. Nanti Ennor akan bercerita panjang tentang proses penghijauan semula kawasan sekitar lombong.

Di sini Ennor mau kongsi pengalaman salah seorang pekerja di lombong ni 'sehari di tapak lombong' (A Day at the pit)  

Tuesday, May 24, 2016

MaMom Milk Booster Pilihan Terbaik Untuk Ibu Menyusu

<3 Assalamualaikum<3

Hari ni Ennor nak kongsikan kebaikan Mamom Milk Booster. Selalu juga Ennor nampak ni kawan-kawan post di FB. Anak-anak Ennor sudah besar dan yang paling bungsu tu pun baru umur setahun lebih.

Tak mau cakap banyak reviewlah di bawah ni.


Jenama Milk Booster Pilihan.


Mesti ramai ibu-ibu di luar sana pening bila nak beli milk booster sebab banyak sangat lambakkan jenama-jenama milk booster di pasaran.

Bila survey punya survey study kelebihan dan kekurangan. Akhirnya tak jadi beli sebab pening kepala nak pilih yang mana satu.

Bila tak jadi beli atau tangguh, susu badan mulai kurang. Ini sangat serius. Tambahan pula stress nak pilih jenama yang mana satu pun salah satu faktor menyumbang susu kurang.


Jadi macam mana cara banyakkan susu ibu dengan memilih milk booster yang berkesan?


Di pasaran ada pelbagai jenis milk booster seperti dalam bentuk tablet, serbuk, pil, perisa susu, perisa coklat dan pelbagai lagi.

Dalam artikel ini saya share satu jenama yang sangat top dikalangan ibu-ibu menyusu. Iaitu jenama MaMom.

Kalau anda jenis yang sangat sibuk dan tiada masa. Saya sarankan anda menggunakan produk MaMom Milk Booster. Sebab produk MaMom Milk Booster ini dalam bentuk tablet. Botolnya juga tidak besar. Anda boleh bawa kemana-mana sahaja. Mudahkan?



Ciri-Ciri MaMom Milk Booster


  • Tablet kunyah yang mudah!
  • Susu melimpah-limpah
  • Berkesan seawal 24 jam ( *berdasarkan ribuan testimoni diterima)
  • Ada sijil Halal JAKIM, KKM dan lulus lab test SIRIM
  • Digunakan di hospital dan farmasi
  • Produk Malaysia, kini dieksport keluar negara
  • Produk tambah susu PALING DIPERCAYAI ibu menyusu di Malaysia dan Indonesia



Apa Kata Ibu Yang Pernah Guna MaMom Milk Booster.


Ibu 1

"Alhamdullilah.. rasa susu dah banyak. Pagi ini dapat 8oz.. syukur sangat-sangat... rezeki anak"

Ibu 2

"Alhamdullilah.. selepas 2 minggu susu bertambah-tambah meriah.. ini baru pusingan pertama pump.. 3 hari pertama makin dah nampak susu makin bertambah.. inshaAllah akan repeat order"

Ibu 3

"Saa baru makan semalam.. pagi tadi breast sudah bengkak.. saya terus pam, sebelah sahaja boleh dapat 1 botol penuh.. biasanya 3oz pun payah.. Alhamdullilah seronok sangat."

Ibu 4

"Salam sis.. ada berita gembira! Susu dah banyak tau sis.. Hari tu kan saya beritahu hari 1st consume MaMom susu tiba-tiba drop.. tapi saya nekad teruskan jugak amik MaMom.. dan hari ini bila pump sebelah sahaja dapat 7-8oz. Total kedua belah dapat 15oz. Sangat terkejut sis sebab sebelum ini belum pernah dapat banyak ini."

Ibu 5

"Ada perubahan. Alhamdullilah increase, officemates pun try. Now semua nak order. Nak repeat order 4 kotak"

Ini hanya sebahagian kecil sahaja feedback mengenai produk ini. Ada banyak lagi sebenarnya.


Dimana Hendak Dapatkan Produk Ini?


Anda boleh dapatkan terus melalui The Baby Store. Hanya order online sahaja ... terus sampai ke rumah anda.

Kenapa saya sarankan beli melalui The Baby Store? Ini kerana setiap belian anda membeli di website ini. Anda dapat kumpul mata ganjaran dimana anda dapat tebus pada belian seterusnya. Memang menjimatkan.

Oppss lupa... setiap pendaftaran baru. Anda dapat 200 mata ganjaran yang boleh ditebus untuk belian pertama. Wow....

Selain itu, website yang boleh dipercayai... kalau anda risau bab-bab kene tipu dengan seller online. Kalau di website ini anda tidak perlu risau. Konfiden 100% selamat. Website pun cun!

Klik link ini ---> http://thebabystore.com.my/MaMom-Milk-Booster



Pesan EpZ: Susu Ibu tetap yang terbaik untuk anak-anak di bawah 2 tahun.

Friday, May 20, 2016

Buat 'sprinkles' sendiri

<3 Assalamualaikum <3

Haaaaaiiii salam hari Jumaat... 

Oke hari ni Ennor nak kongsi satu lagi DIY.

DIY sprinkles di rumah.

Bukan water sprinkler tu.. Ha ha ha lawak la korang ni.

Sprinkles yang untuk hiasan biskut tu...

5 Langkah Mudah Bikin Hiasan Cantik untuk Cake
 Haaa yang ini lah....
Pernahkah kita terfikir untuk buat sendiri? Mesti adakan?

Nah sini Ennor mau kongsi DIY dia. Hasil dari mansau-ansau (berjalan-jalan *bahasa Dusun*)
Sana alam maya.

Nampaknya bukanlah susah sangat dan boleh buat ikut suka hati kita.. hehehe

Bahan-bahan.
Gula Ising - 2 cawan
Tepung Jagung - 2 sudu besar
Air.
Pewarna makanan
Acuan piping bag.
kertas minyak

Cara membuatnya.
Adunkan gula ising dan tepung jagung ke dalam bekas, tuang air dan gaul sehingga adunan tadi tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Agak-agak likat macam kita nak buat hiasan ising atas kek.*haaah camgitulah*

5 Langkah Mudah Bikin Hiasan Cantik untuk Cake

Selepas tu bahagikan beberapa bahagian untuk campurkan pewarna yang disukai.Boelh juga tambah perasa atau pewangi yang digemari. 
*dah namanya DIY-kena kreatiflah*
Sudah dapat warna yang disukai, Masukkan ke dalam acuan piping beg dan rentangkan kertas minyak tadi dan picitkan panjang-panjang ke atas kertas minyak tadi.

Lepas tu biarkan sehingga keras. Bila sudah betul betul keras boleh la pecah-pecahkannya.


5 Langkah Mudah Bikin Hiasan Cantik untuk Cake

Boleh juga buat ikut bentuk sendiri atau hiaskan terus ke atas biskut.
 
Senangkan!?
 
Sekarang kalau beli biskut raya yang kurang menarik, bolehlah kita buat sendiri... 
 
Hahahah 
*ketawa sambil tutup mulut guna hujung jari tangan ala-ala kartun jepun gitu*

Selamat Mecuba! Wassalam...
 
Sumber : I Spy DIY & DetikFood

Pesan EpZ : BUat sendiri jimat belanja dan boleh buat sebanyak mana yang boleh.

Thursday, May 19, 2016

Biskut Tat - Bentuk Bunga

<3 Assalamualaikum <3

Hai selamat petang..

Tadi Ennor servay a.k.a jalan-jalan di laman maya ni.

Terus Ennor terjumpa satu DIY 

Memandangkan Bulan Ramadhan akan datang dalam beberapa hari saja lagi dan para ibu-ibu dan suri rumah mesti akan mula berfikir jenis juadah berbuka dan juga tidak ketinggalan berfikir mau buat biskut raya. *part paling di sukai ramai*

Ennor nampak satu DIY ni sangat comel.Boleh buat untuk apa saja jenis tat.

Bentuk bunga yang sangat comel.

  

Cara mau buat dia pun bukannya susah, yang penting ada doh dan acuan.

Acuan bunga dan loyang pembakar yang ada lubang-lubangyang untuk bakar mini muffin.



Ni cara mau buat dia.

Mula-mula ratakan doh senipis yang dikehendaki lepas tu tekan acuan bentuk bunga.

Tekaplah sebanyak mana yang di perlukan 
* ni bikin ketagih main tekap-tekap ni*

Kemudian masukkan dan bentukkan ke dalam loyang.
 
masukkan kedalam loyang secara selang seli takut rosak pula kelopak dia...
Kelopak tu pula selang seli juga. kalau ada 6 kelopak, mula-mula tekan keluar kelopak 1,3 dan 5 baru diikuti kelopak 2,4 dan 6. macam dalam gambar tu. 
 
Gunakan garpu untuk buat lubang2 kecil di dasar doh janganlah pula cucuk sampai tembus... karang terkeluar pula jem di dasar loyang tu. habiss melekat nanti biskut. Isikan jem / inti sesuka hati. 

Lepas tu bakar macam biasa.

bila sudah masak baru keluarkan dari loyangnya.

Nah cantikkan? taburkan gula ising untuk menambahkan serinya... guna penyeri lain pun boleh ikut kreatif kita sendiri.

Tadaaaa!!!!!

Comelkan?

Selamat mencuba semua...
Nanti Ennor share lagi.... Wassalam....

Sumber : Beesdiy

Pesan EpZ: Kena tanya anak-anak juga, mana tau diorang ada idea yang lebih kreatif lagi... hehehe

Wednesday, May 18, 2016

Dapat Jemputan ke 'Svenson Haircare Malaysia Campaign'

<3 Assalamualaikum <3

Hai selamat hari Rabu...

He he awal bha si Ennor buat entri hari ni...

Bukan apa... excited betul ni...

si Ennor dapat jemputan ke 'Svenson Haircare Malaysia Campaign'..

Yeay!!

Err... sebenarnya Ennor pun tidak tau apa benda tu.. tapi dia sudah tulis sana 'haircare' dengan secara otometiknya kita pun faham...


Dalam Email tu dia jemput ke kempen penjagaan rambut.

Rasanya mau juga Ennor pergi sebab rasanya kulit kepala Ennor ni ada masalah. 
Rambut pula memang kebiasaan bagi ibu-ibu yang sudah bersalin bermula dari umur baby 3 bulan hingga 9 ke 12 bulan rambut ibu akan mula gugur. Apalagi si Ennor ni yang anak sudah 6 orang. Tidak terkecuali... ni si Nazri sudah umur 1 tahun 2 bulan  barulah rambut Ennor mula tumbuh dan bertambah lebat. 
Kelemumur dan kegatalan kulit kepala tetap ada. Lebih lagi kita yang bertudung ni kalau sudah berpeluh kepanasan mulalah kulit kepala ni rasa gatal. Bikin malu saja ni tergaru-garu depan orang. Tidak digaru macam ada kutu saja berjalan-jalan di kulit kepala. haish!!

Ennor mau bha pergi ni event tapi dia kena buat sana K.L... tiada kah event Nuffnang yang boleh kena buat sini? kan kan kan?
Kalau ada confirm Ennor datang. 

Setakat ni... Inilah jemputan pertama yang Ennor dapat... excited jugalah walaupun tidak dapat datang. 

Okelah sampai jumpa lagi...Wassalam...

 Pesan EpZ: Kalau kulit sudah mula gatal apalah yang boleh kita buat selain garu saja kan? huhuhu

Tuesday, May 17, 2016

Ada hati nak pandu Hummer.

<3 Assalamualaikum <3

Hai selamat petang...

Eh eh lambat la pula Ennor post entri hari ni kan?

Alaa sorry lah sibuk sikit ni. Tapi, tiapa ... Sekarang juga Ennor post entri baru... hehehe

Percaya atau tidak Ennor ni tidak pandai memandu...

Kenapa?
Entah lah... Ennor sendiri pun tidak tau kenapa.

Kalau hubby cakap.. "nah mari la belajar  ko driving.."

Errgghhh rasanya darah yang ada di hujung kaki menyirap sampai ke otak. Terus rasa sejuuuuk saja dalam otak...

Kalau sudah duduk di tempat driver dan pegang stering kepala rasa pening, pandangan berpinar, jantung berdegup kencang sejuk seluruh badan rasa macam mo pengsan pun ada.
Itu baru pegang stering, belum lagi driving. Tapi, kalau setakat start enjin boleh la...

Image result for hummer
Nak jadikan cerita satu pagi masa dalam perjalanan ke tempat kerja dalam jammed jalanraya tu. Kami ternampak jenis kereta yang menjadi pujaan hati iaitu Hummer... 

 (ho ho cantiknya.. tapi nda lawan hummer yang di CSI Miami yang Horatio (David Caruso) pakai tu)

Ennor pun cakap lah... "huuuu kalaulah dapat naik tu kereta bahagianya"
Jawab si hubby sayang "Eleh.... Driving pun nda pandai, ada hati mo bawa hummer"
Saya yang nda mau mengalah "ya lah... naik saja, abanglah yang drive"
hubby sayang pun nda mau mengalah "manada nikmat dia kalau setakat jadi penumpang... jadilah driver baru best!"
"heeee yaaa la tu kasik menang ko la bang...."

Oke.... macam mana saya mo driving kalau panick attack melanda? huuuu

Ishk ishk sedih ni... macam2 sudah try to test bawa kereta.. dari kancil manual, kelisa manual, proton auto tapi tetap keputusan yang sama. Ni Navara saja lagi belum pernah cuba bawa. 

InsyaAllah lain kali akan cuba bawa juga ni Navara ni... manalah tau... satu hari nanti, pura-pura pigi showroom hummer dapat juga test drive konon... konon lah hahaha... (ada hati konon)

Bha oke lah semua... jumpa lagi... Wasalam...

Pesan EpZ: Mau minta nasihat kalau ada sepa-sepa boleh bagi tips untuk Ennor buang penyakit penakut (phobia) Ennor sama stering kereta ni?  


Monday, May 16, 2016

Jumaat - Makan time!

<3 Assalamualaikum <3

Hai Salam Hari isnin...

Entri lepas Ennor ada bagitau yang Ennor akan share pasal Ennor dan kawan-kawan ada buat jamuan makan-makan kan?

Oke ni Ennor mau cerita lah ni...

Hari Jumaat lepas kami satu opis ada buat sedikit makan-makan. 
Alaa kami buat ala kadar saja. collection mah.....
Nda buat collection, apa kau mau bikin beli makanan? 
Kenapa kami buat hari jumaat?
Di Sabah waktu rehat hari jumaat ada panjang sikit dari jam11.30am sampai jam 2.00pm.
Jadi, waktu tu lah kami akan berkumpul makan sama-sama.

Ni gambar kawan kami si Zoey yang ambil. Saya? yang tuuu tuuu tuuuna tu 
pakai tudung warna purple berdiri sebelah bos tu... hehehe

Gambar yang ni bos kami si Puan yang ambil...
Apa yang best kami disini ni... kami sini makan sama-sama walaupun berlainan agama dan kaum.
Ada yang dusun (macam saya) muslim dan non-muslim, Cina (muslim & non Muslim), Bajau, Berunai, Kadazan dan Bugis.

Alaa sorry lah nda banyak gambar yang saya dpt pos di entri ni.

Tapi apa yang pasti, waktu itu meriahlah macam-macam kami makan tapi bukan seafood. Kami makan yang seafood frozen saja hehehe. Diorang cakap next time akan ada makan steambot seafood segar punya. Jangan cakap kak... buat saja nanti kita collection lagi ya. 

Kenapa tiada lelaki? eh ehem... hampir semua jejaka kami adalah muslim, so diorang pergi sembahyang jumaat la... tu sebab diorang nda join alaa lagipun diorang tiada buat collection juga. ngeeehehehe.

Okelah all... nanti next time Ennor tambah entri lagi..

Pesan EpZ: Kami di opis ni 1 hati satu jiwa satu kepala. Abah saya pesan.. "Jangan pilih kawan ikut kita punya perasaan... Pilih kawan ikut kita punya chemistry... kalau ngam connection dia, carry on... Kalau tidak ngam find another" chewah ko tengok abah sya bagi nasihat cakap english... hahaha.

Friday, May 13, 2016

Asah kemahiran anak-anak

<3 Assalamualaikum <3

Hai selamat petang... 

Ennor tefikir nak buat satu entri... 
Tentang kemahiran anak-anak.
Terutama anak-anak Ennor.

Ennor dan hsuband ada 6 orang anak 3 lelaki dan 3 perempuan.
Kemahiran diorang ni secara semulajadi dan juga dipelajari. 

Hari ni Ennor cerita pasal anak perempuan saja dulu.


Anak pertama.
Jantina/umur : perempuan / 13 thn
Kemahiran / kebolehan : Melukis, memasak, mengemas rumah dan mengasuh.
Melukis ni bakat semulajadi dia. Kalau suruh saya melukis confirm hancur lukisan hahaha
Bakat dia ni mungkin diwarisi dari ayah dia dan juga neneknya (ibu saya). Di sekolah dia ikut English Drama Club dan ada watak dalam pertandingan antara sekolah.
Memasak, mengemas rumah dan mengasuh adik memang saya didik dari kecil.
Dia suka menolong di dapur semasa kecil dan sekarang ni dia pandai masak pelbagai jenis resepi.

Anak Kedua.
Jantina/umur : perempuan/12thn
Kemahiran / kebolehan : Memasak, mengemas rumah, menanam, melukis.
Sama juga dengan kakaknya berbakat dalam melukis. Suka memasak terutama nasi goreng, mengemas rumah pun dia suka buat terutama vaccum lantai hehehe. Menanam setakat ni dia tanam pokok mulberi dan sudah beberapa kali berbuah. Dia cakap dia mau tanam banyak-banyak supaya dia ada ladang mulberi. Suka hati ko la nak...
Dia ni juga mengidap penyakit jantung kronik dan akan dibedah pada bulan ogos ni.

Anak Keempat
Jantina : perempuan/8tahun
Kemahiran / kebolehan : masak, mengemas rumah, menyanyi dan 'dj radio'
Masak nasi saja lah dia boleh buat setakat ni, mengemas rumah dia paling suka mengelap habuk dan lipat kain. Sangat suka menyanyi saya suka dengar dia nyanyi lagu Jepun (Hanakage) dan suara dia pun merdu, mmm bila di ingat balik masa saya mengandung dia ni. Ayah dia suka betul pergi karaoke di K-box san center point. Dengan perut boyot saya dia bawa pegi masuk K-box tu. tapi saya tak berapa pandai menyanyi. 'Dj radio'..... hahaha kenapa saya cakap dia macam tu, sebab kalau dia sudah start bercerita tak akan berhenti punya ada-ada saja topik berbangkit dia ni sampai ayah dia cakap, bagus dia jadi dj radio untuk rancangan kanak-kanak.

Oke lah sampai sini saja dulu. nanti saya post pula pasal anak-anak lelaki saya ya...

Pesan EpZ: Anak-anak ni kalau diorang mau tolong kita buat kerja di dapur bagi saja. BAgi yang senang dulu, contohnya cuci piring (piring ringan), bancuh air minum (sejuk), atau petik sayur. Bila umur semakin meningkat kita ajarkan yang seterusnya.

Segmen Blogwalking YanieYusuf 2016

<3 Assalamualaikum <3

SAlam Sayang 
salam hari jumaat...

Hari ni Ennor mau join segmen blogwalking..
macam lama sudah tidak join segmen ni...

eh!? lama kah? errr ... hehehe

oke lah... just click the banner below lah konon.... 


Sudah klik ka?

Bha kalau sudah kita berjalan-jalan di blog orang lain sambil berkenalan dan sambil meninggalkan cerita... 

oke chau....!

Wassalam...

Pesan EpZ : *lebih kepada iklan* Hari ni Ennor tidak bawa bekal ke tempat kerja. Hari tu ada collection untuk makan stemboat kat pantri... nanti jam 11.30am - 2.00pm (time rehat kami di Sabah ni) Alright! nanti Ennor post pasal kawan-kawan Ennor ya!

Tuesday, May 10, 2016

Ular tedung hitam - Ennor hampir buta.

<3 Assalamualaikum <3

Selamat hari selasa...

Hari ni Ennor mau cerita pasal ular.

Sejak akhir-akhir ni banyak kes orang di patuk ular yang kita dengar di berita kan?

Siapa tidak takut sama ular, Ennor sendiri puna ada pengalaman sama ular.
Mari Ennor cerita...

Balik ke 17 tahun yang dulu..Masa tu rumah Ennor di kampung ada tandas di luar rumah. 
Tandas dalam rumah pun ada tapi uncle Ennor lebih suka 'membuang' di tandas luar rumah.

*sfx* kriiinnnggggggg ~~~~~

Ennor dengar uncle Ennor tu teriak-teriak panggil mama Ennor.

Uncle : Kaak ooo Kak!
Mama Ennor : Ui! Nokuro? (kenapa)
Uncle : Haro tulanut hilod suang gamban!! (Ada ular dalam tandas)
Mama Ennor : Bha kada mongoi hilo. (bha, janganlah pegi sana)

Uncle pun masuk rumah... Dia panggil saya mo minta tolong tangkap ular tu.. gila uncle ni!
Tapi manalah sya tolong. Dia ambil bambu panjang dan tali.
Ular dalam tandas tadi berdesis-desis mau melawan.
Selepas setengah jam gitu durang pun dapat tangkap ular tu. 
Saya cakap kasi masuk dalam karung kasi lepas tempat lain.
Ular tu bukanlah besar sangat masih anak lagi lah tapi macam panjang dia dalam satu meter lah.
Entah kenapa durang uncle saya bukan kasik masuk dalam karung.
Durang simpan dalam sangkar jadi adik saya sama uncle saya duduk dekat sangkar tu.
Saya tengok dari jauh ianya sejenis ular cobra atau ular tedung hitam.

Saya turun ke bawah rumah kira konon mau pergi ke kamar mandi. 
Saya pun limpas belakang durang uncle saya yang tengah duduk tengok ular tu.
Saya nampak mama saya yang baru keluar dari kamar mandi dan kibar kain basah.
Saya rasa ada percikan air kena muka saya.
Mulanya saya sangka air dari kain basah tadi yang terkena muka saya.
Tapi, tiba-tiba saya rasa mata saya pedih, rasa panas dan rasa biji mata macam mo terkeluar.
Saya tekup mata saya sambil menjerit.

Saya : MAAAKK MATA SAYA PEDIIIIHHH!!!

Mama saya terus tarik saya pergi ke paip, buka pili air dan suruh saya buka mata untuk alirkan air di mata saya. Uncle saya ikut panik dia ambil kunci motorsikal dan terus bawa saya ke Hospital Tuaran untuk rawatan kecemasan. Sampai di hospital, saya dengar suara uncle saya panggil-panggil nurse sambil dia heret tangan saya ke bilik kecemasan.

Uncle : Nurse! Nurse! tolong! tolong anak buah saya!
Nurse : Kenapa dia?
Uncle : Kena ludah ular!
Nurse : Hah!?? kena ludah ular ka kena patuk ular!? 
Sambil diorang heret saya.
Uncle : Kena ludah.. cepat! cepat! sya takut nanti dia buta!
jerit uncle saya *hehe biasalah anak buah kesayangan dia*
Nurse : Oke, kita (rujuk kepada 'encik' atau 'kamu') boleh tunggu diluar dan tolong untuk pendaftaran. Ada bawa IC dia?
Uncle : Ada...ada
Nurse : bha... pi di kaunter pendaftaran. Kami tolong anak buah kamu.
Uncle : oke-oke tulung ah nurse... terima kasih.

Saya pun kena bawa pi di wad kecemasan disana doktor dan nurse bertungkus lumus merawat saya. Disuruh saya buka mata tapi, Saya tidak nampak apa-apa cuma putih. Masa tu saya hampir menangis sebab takut jadi buta. Doktor tanya kalau saya boleh nampak berapa jari dia. Saya menggeleng dan bagitau saya cuma nampak putih saja. Doktor tanya kalau ada apa-apa rawatan awal yang kena buat. Jadi, saya cuma bagitau yang mama ada alirkan air di mata saya.
 Doktor dan pembantu dia siram air lagi sekali ke dalam mata saya.  Kemudian mata saya di balut dan doktor suruh rehat sambil diorang merujuk ke Hospital Queen Elizabeth. 

Tidak lama lepas tu, doktor bagitau yang saya akan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut. Memandangkan waktu tu umur saya sudah 19 tahun saya cakap oke saja. Masa tu perasaan saya tenang tapi fikiran saya berfikir macam-macam.
'Buta ka sudah sya?'
'macam mana sya mo pi kerja ni?' 
*sempat lagi fikir pasal kerja. Masa tu saya kerja di Rasa Ria Resort*
'macam mana lah sya mo sambung belajar ni?'
Adui macam-macam sya fikir. Dalam sibuk fikir pasal nasib akan datang. Saya kena bawa guna ambulan ke Hospital Queen Elizabeth.

Sampai di HQE saya diberi rawatan lanjut. Mata dititis dengan sejenis ubat dan dibalut semula sebab saya rasa sangat pedih dan pening-pening. saya pun tidak tau apa ubat tu.Doktor di kecemasan cakap, saya akan ditahan di Hospital tapi saya tidak mahu dan mula menangis."Bha nangis la ko puas2" kata doktor tu, macam dia mengejek. tapi rupanya memang tujuan dia suruh saya menangis untuk buang lebihan toksin dalam mata kalau masih ada lah.. tidak lama lepas tu sya kena rujuk dengan doktor pakar mata. Diklinik Dr. Dayang *itu yang saya ingat nama dia sebab masa saya kerja sini dia masih bertugas disini. Sekarang dia sudah pindah/pencen* buka balutan mata saya dan perlahan-lahan doktor tu suruh buka mata. Mula-mula saya nampak putih saja.Selang beberapa minit perlahan-lahan pandangan saya jadi jelas. Saya senyum sama doktor tu. Doktor Dayang pun senyum nampak saya. Dia periksa mata saya guna sejenis alat yang macam cek rabun tu, Dr. Dayang tanya kalau saya ada rabun, saya cakap ada. terus dia jawab "macam oke sudah mata kamu ni, tiada saya detect rabun" "oh!?" terkejut saya memang betullah saya tidak perlu guna cermin mata lagi. Sampai sekarang, memang saya tidak perlu guna cermin mata untuk rabun dekat atau rabun jauh. 
Alhamdulillah.
Nasib baik saya tidak buta. Kalau ditakdirkan saya buta, manalah saya menaip sekarang ni.
Tiada lah orang yang kenal saya sebagai Ennor Plenet Zurah di FB atau Siti Nurzahzurah... hehehe.

Itu lah cerita pengalaman Ennor dengan ular.



 (image source - Google image)
(Ular tedung hitam -sering menyemburkan bisa kepada mangsa dan boleh menyebabkan kebutaan. Boleh mencapai panjang diantara 1.3 – 1.6 meter)

Rumah Ennor di kampung terletak antara sungai dan sawah padi tempat habitat kegemaran ular jenis ni.

Pesan EpZ: Sentiasa pantau kebersihan sekeliling rumah.Ennor ada seekor kucing kampung nama Memeu. Dia sudah bunuh beberapa ekor ular yang cuba masuk rumah.Umur Memeu 8 tahun.

Friday, May 06, 2016

1st Giveaway by Aura Queen

<3 Assalamualaikum <3

Hari jumaat ni rajin la pula Ennor Join GA...

heheheh


1st Giveaway by Aura Queen

1st Giveaway by Aura Queen.Giveaway ini diadakan sempena PEMBUKAAN BLOG AURA QUEEN ORIGINAL.Doa dan harapan kami di Aura Queen,semoga anda sudi join ya.Semoga Giveaway ini mendapat sambutan dari sahabat blogger sekalian.Giveaway Aura Queen ini adalah tajaan sepenuhnya AURA QUEEN ORIGINAL.Giveaway terbuka kepada semua blogger di Malaysia.1st Giveaway by Aura Queen bermula pada hari ini,6 May 2016 dan akan berakhir pada 31 May 2016 jam 11.59 malam.Cepat cepat JOIN.Aura Queen mencari LIMA PEMENANG BERTUAH yang akan memenangi WANG TUNAI RM50 dan juga Feminin Wash AURA QUEEN.


*SILA TEKAN BANNER DIATAS UNTUK JOIN*

SYARAT SYARAT 1st GIVEAWAY by AURA QUEEN


1 - BUAT SATU ENTRI GIVEAWAY
Buat satu entri bertajuk " 1st Giveaway by Aura Queen ''.

2- FOLLOW BLOG

3- LIKE PAGE FACEBOOK

4- FOLLOW INSTAGRAM

5. Copy CODE di bawah dan PASTE di ruangan html

6. Copy paste LINK entri GIVEAWAY anda hanya di ruangan komen entri Giveaway ini sahaja


Feminin Wash AURA QUEEN


Feminin Wash AURA QUEEN , Feminine Wash Aura Queen


Rahsia Penjagaan Bahagian Intim Wanita Bersama Feminin Wash AURA QUEEN

- Menjadikan bahagian intim wanita akan terasa harum dan segar sepanjang hari..." Feminin Wash AURA QUEEN boleh membantu menyelesaikan masalah kegatalan bahagian intim wanita dan menghilangkan bau.Haruman mempesona..Kesegaran yang kekal lama...Feminin wash AURA QUEEN terbaik untuk wanita masakini.
- Aura Queen menggunakan bahan-bahan tradisi di tambah baik dengan yang moden menjadikan Feminin Wash AURA QUEEN terasa harum segar dan mendapat kebaikannya pada si pemakai .

Kelebihan Feminin Wash AURA QUEEN

- Bau wangiannya yang segar
- Kandungannya pekat dan menjimatkan
- Terasa nyaman bila digunakan dan kesegaran berpanjagan
- Memberi keyakinan diri


Fungsi Feminin Wash AURA QUEEN

- Mengatasi masalah keputihan
- Mengatasi masalah bau yang tidak menyenangkan
- Antiseptik ( menghalang bakteria dan fungus )
- Menghilangkan kegatalan
- Menganjalkan dan memelihara kulit
- Menstabilkan PH vagina
- Mencerahkan
- Mengetatkan
Kandungan : Aqua, Sireh, Manjakani, Aloe vera, Kacip fatimah, Garam bukit, Cola lipid

Cara Penggunaan Feminin Wash AURA QUEEN

- Titiskan pada tapak tangan dan cuci pada alat sulit wanita hingga berbuih,biarkan 3 hingga 4 saat dan bilas sehingga bersih.

Isi kandungan 100ml

Maklumat Lanjut Feminin Wash AURA QUEEN


Untuk respon lebih cepat ( pertanyaan/order ) anda boleh Call,WhatsApp atau Sms no tertera di bawah :

📞 014-9323212
📞 014-9323212
📞 014-9323212

FEMININE WASH AURA QUEEN SAHABAT BAIK ASET ANDA !!
FEMININE WASH AURA QUEEN HARUMAN PENCETUS KETERUJAAN SUAMI....


1st Giveaway by Aura Queen adalah tajaan sepenuhnya Aura Queen Original.Terima Kasih kerana sudi join Giveaway ini.

Pesan EpZ : Tiapa... mana lah tau rezeki hari jumaat ... kan kan kaaannnn?? InsyaAllah... amin....

Giveaway Nurfuzie & THE BABY STORE - Malaysia Baby Online Shop

<3 Assalamualaikum <3

Petang jumaat ni Ennor nak sebarkan satu GA...

Seronok sangat baca blog dia ni...

Oke tak mau buang masa...

tengok ni..


klik untuk sertai
Berita Baik! Hari ini kami Nurfuzie dan The Baby Store nak jemput semua blogger-blogger yang hebat untuk sama-sama meriahkan Giveaway kami. Hadiah menarik akan diberikan kepada 10 pemenang. Kami dari The Baby Store selaku penaja utama GiveAway ini.


Sebuah Kedai Bayi Online yang meningkat naik dan menjadi pilihan ibu-bapa untuk membeli barangan kelangkapan ibu dan anak di atas talian.

Mempunyai lebih 700 barangan untuk dipilih dan mempunyai pelbagai jenama antarabangsa dan tempatan.
Antara Barangan yang Hot di The Baby Store
Anda boleh klik pautan diatas untuk melihat produk tersebut.

Setiap pendaftaran akaun baru di The Baby Store akan menerima 200 mata ganjaran dimana boleh ditebus pada belian pertama dan setiap belian juga anda akan dapat mata ganjaran yang boleh ditebus pada belian seterusnya. Sangat menguntungkan.

========================================================================

Untuk melayakkan anda menyertai GiveAway ini, anda perlu memenuhi beberapa syarat mudah yang perlu anda patuhi. Sebelum tu mari tengok senarai hadiah dulu.

SENARAI HADIAH PEMENANG

Wang tunai Rm100 x Tempat Pertama

Wang tunai Rm50 x Tempat Kedua

Wang tunai Rm30 x Tempat Ketiga

Head Rest Massage x 10 Unit (Tempat Pertama hingga Kesepuluh)

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Like facebook penaja.
2. Follow instagram penaja.

3. Follow Blog penaja
4. Buat satu entry khas dengan tajuk Giveaway Nurfuzie & THE BABY STORE - Malaysia Baby Online Shop

  • Copy Coding yang disediakan dan paste kan di html blog post anda.
  • Tinggalkan link entry di kotak komen di entry ini.
  • Tarikh tutup pada 5 Jun 2016 jam 11.59 malam.
  • Pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti membuat blog post, memenuhi syarat yang ditetapkan. Keputusan juri adalah muktamad.
5. Share/Ping Artikel ini di samaada di Facebook Personal anda, Fanpage atau Facebook Group lain.

Semoga berjaya semua..

Nota Tambahan : - Jika anda adalah seorang blogger dan ingin menjana pendapatan melalui blog anda. Anda boleh sertai Program Affiliate The Baby Store. Pihak The Baby Store akan guide anda bagaimana anda boleh membuat duit melalui blog anda dengan program ini.

Sasaran The Baby Store adalah membantu para Affiliate menjana sekurang-kurangnya RM2000 sebulan tanpa menjual. Hanya post artikel yang dibekalkan oleh The Baby Store sahaja. Mudah kan?

Jika anda berminat anda boleh klik di link ini --> Program Affiliate The Baby Store

Pesan EpZ : Jangan ketinggalan yow.... hahaha

Thursday, May 05, 2016

Ulam kegemaran anak-anak cara Ennor

<3 Assalamualaikum <3

Salam hari batik 1 Malaysia :D

Hari khamis ni...

Oke hari ini Ennor mau kongsi sedikit resepi ulam kegemaran anak-anak (salah satunya)

Ennor pun tidak tau mau bagi nama apa ulam Ennor ni... Hehehe

Oke tanpa membuang masa kita tengok bahan-bahan dia. 

Terung - dipotong nipis dan goreng.
Timun - potong ikut suka hati. Ennor potong dadu.
Bilis masin - goreng garing sama ada dengan minyak atau tanpa minyak.
Lada padi - ikut berapa banyak kita tahan kepedasan dia.Lada padi Ennor tu tumbuh sendiri di belakang rumah.
Limau kasturi - beberapa biji. Suka hati suka lidah laa...
Garam dan gula secukup rasa.

Gaulkan semua dalam satu bekas. Perah limau dan pecahkan lada padi tu. Letak garam dan gula ikut rasa sampai rasa seimbang di lidah masing-masing.
Sudah masuk dalam bekas baru terfikir mau ambil gambar.

 Haaaa baru la boleh hidang... 
Anak-anak ni kadang-kadang tak sempat masak lauk lain sudah diorang mau melantak takut nasi jadi sejuk.
Yang kicap dalam mangkuk tu kicap lada Ennor tumis dengan bawang putih dan air asam jawa serta sedikit gula. Mau pekatkan dia guna tepung gandum sesudu dan cairkan dengan air. Tuang perlahan-lahan dalam tumisan kicap lada tu sampai kelikatan yang di kehendaki.  

Errr jangan di tanya ikan masin tu..
Hehehe wajib tu kalau makan macam ni... 
#:-s
Oke lah rasanya itu saja untuk ini. Nanti Ennor tulis blog laagiiiii....<3<3 :*

Byeeee...

Pesan EpZ: Sebagai Ibu dan Isteri... Kita lebih utamakan selera suami dan anak-anak dari selera kita sendiri.

Wednesday, May 04, 2016

Mamut Copper Mine - Kehidupan zaman kanak-kanakku.

<3 Assalamualaikum <3 

Hai hai haiiii....

Hari ni nda dapt post berita dari majalah lama...
Telampau banyak benda best2 di sana nda tau mana satu mo post.

Jadi hari ni saya mo cerita sikit pasal di sana....


Gambar ni Ennor ambil dari majalah MCM edisi khas.Kalau ada kawan-kawan dari MCM, ni majalah yang kulit dia warna hitam tu ada printing emas logo MCM.

Oke gambar diatas tu, kalau kamu cari di Google Map confirm tidak jumpa. Sebab gambar ni diambil sekitar tahun 90-an.

Penduduk di kawasan perumahan ni terdiri dari pelbagai kaum dan agama. Kehidupan kami di sini seperti sebuah keluarga. Kami berasal dari seluruh pelusuk Malaysia. 1 Malaysia ada disini. Setiap kali ada acara di balairaya, semua akan turun menolong menjayakannya. Kalau ada keluarga yang buat kenduri, jiran tetangga akan datang hulur bantuan tidak kira agama, kaum dan fahaman politik.
Paling best bila sebelah petang pusat sukan yang disediakan oleh pihak majikan akan dipenuhi oleh kanak-kanak dan remaja untuk bersukan terutama sekali  di padang bola.
Bagi kami yang tidak pergi ke sana kerana kedudukannya pusat sukan itu letaknya di atas bukit.. heee Kami akan berkumpul di depan blok dan buat aktiviti petang.
<3<3
Permainan pun ada musim di sana ni. Kalau musim permainan yoyo, satu kampung budak-budak akan bermain yoyo sampai ada yang sanggup buat sendiri. Bayangkan kegilaan musim permainan tu. Kalau musim main tengteng (yang kami panggil main kengke') maka satu kampung budak-budak main. Kalau ada angin, layang-layang akan terbang melayang di langit batu dua atau Kampung Kesiladan Mamut.Pendek kata semua permainan tradisional ada dimainkan disana oleh budak-budak. huuuu rinduuuuu.


Naaahh inilah majalah edisi khas tu... saya rasa macam ada satu lagi majalah edisi khas dia ni... yang kulit dia warna hijau tua. Tapi saya nda jumpa sudah tu buku. Kalau tidak silap saya, majalah tu tentang perancangan masa depan Lombong Tembaga Mamut dari segi pelancongan tapi tidak jadi :'(

Kan bagus kalau jadi tu... seingat saya sejak ada El-nino dan La-nina tu banyak kejadian tanah runtuh di lombong dan sekitar kawasan perumahan pekerja yang terletak di bukit tu.  Tapi tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Sebab syarikat memang mengutamakan keselamatan pekerja dan keluarga. Semuanya akan dipindahkan ke tempat yang lebih selamat. Bukan saya mau kasi salah tu cuaca (huish!) itu semua kan ketentuan Allah s.w.t. Kalau bukan sebab mamut sudah tutup mungkin saya tidak kerja di hospital.

Kawasan lombong pula tidak boleh suka hati masuk. Tidak semua pekerja boleh masuk ke kawasan lombong begitu juga bagi pekerja dari section lain tidak boleh berada di section lain. Demi menjaga keselamatan pekerja.

Kalau ada kawan-kawan saya yang pernah tinggal di batu dua atau bekas pekerja MCM yang terbaca artikel ni.. tolong ya.. tolong komen. Sambung cerita pengalaman kamu disini (lebih kepada untuk menggambarkan suasana keadaan kehidupan kita di 'the lost world of MCM' (cewah! heheheh)

Pesan EpZ: Dua hari lepas saya mimpi tempat ni. Paling gila dia... saya tejumpa sya punya 'old crush' di sana.. nda gila tu? hahahah apa dih maksud.. =D
Sun